NEGERI NAUNGAN | Negeri naungan ialah negeri lemah yang dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara “penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal- hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan semua perhubungan luar negeri untuk negeri naungan dan mengawasi pertahanan negeri naungan tersebut. Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653– 1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell memerintah England sebagai Raja Penaung. Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja penaung pada tahun 1658. | UMUM | |
SUAKA | Suaka, dalam undang-undang antarabangsa, ialah naungan dan perlindungan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut undang-undang kebangsaan serta undang-undang dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh meminta suaka jika mereka takut penganiayaan yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan, atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka. Penindasan politik merupakan sebab utama sesebuah negara memberikan suaka. | UMUM | |
NASH, JOHN | Nash, John (1752–1835) ialah arkitek dan pereka landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV, Nash merubah semula pelan Taman Regent di kawasan London menjadi sebuah taman landskap yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan yang besar dan disempadani oleh vila di setiap bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place dan Carlton House Terrace disiapkan antara tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah kos. Nash lahir di London. Dia turut mengendalikan beberapa buah projek lain termasuklah Buckingham House (kini Istana Buckingham), Marble Arch dan Brighton Pavillion. | UMUM | |
PERTUBUHAN METEREOLOGI SEDUNIA | agensi khas yang ditubuhkan pada tahun 1950 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji meteorologi (cuaca dan iklim), pengoperasian hidrologi dan sains geofizik yang berkaitan. | FIZIK | Institusi/Organisasi |
AMERIKA BRITISH | Amerika British, merujuk kepada bahagian utara dan selatan Amerika yang mempunyai hubungan politik dengan United Kingdom (UK). Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British, Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat, dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara merdeka yang menjadi sebahagian daripada Amerika British. Negara-negara seperti ini termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas, Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada, Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St. Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika British ialah anggota Negara-negara Komanwel. | UMUM | |
KANOPI | Kanopi ialah litupan tumbuhan seperti daun-daun pokok yang sambung-menyambung membentuk naungan atau teduhan di bawahnya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
NEGARA-NEGARA KOMANWEL | Negara-negara Komanwel ialah pertubuhan negara bebas dan unit politik lain yang pernah berada di bawah undang-undang dan kerajaan British. Pertubuhan ini termasuklah United Kingdom (UK) sendiri dan 52 negara bebas lain yang pada satu ketika menjadi tanah jajahan United Kingdom. Pertubuhan ini juga termasuk kira-kira 25 unit politik seperti wilayah dan negeri naungan. | UMUM | |
REMAN | REMAN, salah sebuah negeri di bawah Kesultanan Pahang. Antara tahun 1816 hingga tahun 1902, Kesultanan Patani berada di bawah naungan kerajaan Siam. Pada masa itu, Kesultanan Patani mempunyai tujuh buah negeri kecil, iaitu Legeh, Patani, Reman, Saiburi, Yala, Yaring dan Nongchik. Reman mempunyai keluasan lebih daripada 4 000 batu persegi. Negeri ini bersempadan dengan Patani, Saiburi (Teluban) dan Yaring di sebelah utara; Kedah, Kelantan dan Perak di sebelah selatan; Legeh di sebelah timur; dan Kedah dan Yala di sebelah barat. Kota Baru ialah ibu kota Reman yang menjadi pusat kegiatan politik dan ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERANG AL-QADISIYYAH | Perang al-Qadisiyyah berlaku pada bulan Muharam tahun 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi. Peperangan ini berlaku antara orang Islam dengan Parsi pada zaman Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab. Setelah berlakunya peperangan al-Buwaib, Parsi telah mengetahui beberapa ancaman yang akan menggugat negara mereka. Oleh yang demikian, Parsi telah memulakan persiapan untuk serangan yang baru dan berasingan. Mereka telah mengerahkan penduduk tempatan di bawah naungan orang Islam. | UMUM | |
EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA | EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang digubal oleh sebuah jawatankuasa kebahasaan yang dibentuk di bawah naungan Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan Direktorat Djenderal Kebudayaan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia. Penghasilan ejaan ini merupakan suatu perakuan tentang sistem ejaan untuk bahasa Indonesia pada 31 Ogos 1966. Sistem ejaan lebih praktis dicadangkan untuk melengkapkan sistem ejaan yang sedia ada. Sistem ejaan ini pada mulanya diberi nama Sistem Ejaan Praktis Bahasa Indonesia, kemudian ditukar menjadi Sistem Ejaan Lembaga dan Kesusasteraan (LBK). | BAHASA | Bahasa |