Nefritis , asalnya dikenali sebagai penyakit Bright, adalah nama umum bagi beberapa penyakit radang buah pinggang. Glomerulonefritis ialah penyakit yang selalunya dikenali sebagai nefritis. Ia melibatkan radang glomeruli (unit penapisan) buah pinggang. Keradangan biasanya mengurangkan jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang, menyebabkan bahan pembuangan yang biasanya dibuang di dalam air kencing, berkumpul di dalam badan. Glomerulonefritis yang teruk atau berterusan boleh menyebabkan kerosakan yang serius atau berkekalan pada buah pinggang. |