| SAN MARINO | San Marino ialah sebuah negara Eropah yang kecil dan dikelilingi oleh Itali. Ia terletak di Pergunungan Apennine di timur laut Itali. Sebahagian besarnya – termasuk ibu negaranya dan kotanya yang terbesar – terdiri di Gunung Titano. Ibu negaranya juga bernama San Marino. San Marino ialah salah sebuah negara yang paling kecil di dunia. Luasnya hanya 61 kilometer persegi. | UMUM | |
| SAMARKAND | Samarkand (pend. 515 000) ialah bandar yang kedua besarnya di Uzbekistan dan bekas ibu negaranya. Untuk lokasinya lihat Uzbekistan (peta). Bandar ini merupakan pusat pendidikan. Kilang- Kilangnya membuat komponen radio, sutera, superfosfat dan bahagian-bahagian traktor. Samarkand menduduki tapak Marakanda purba. Iskandar Agung memusnahkan Marakanda pada tahun 329 S.M. Pada tahun 1300-an, Tamerlane, penakluk Mongol, memilih bandar ini sebagai ibu negaranya. | UMUM | |
| SOMOZA GARCIA, ANASTASIO | Somoza Garcia, Anastasio (1896–1956) ialah diktator Nicaragua yang memerintah negaranya selama 20 tahun sebelum dibunuh pada tahun 1956. Somoza menguasai kerajaan, tentera dan ekonomi Nicaragua, serta menggunakan kuasanya untuk mengumpul kekayaan. Dia menghancurkan semua pihak lawan dan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Kedua-dua anaknya juga menjadi diktator Nicaragua. | UMUM | |
| SUHARTO | Suharto (1921– ) ialah jeneral tentera Indonesia yang akhirnya memegang tampuk pemerintahan negaranya daripada Presiden Sukarno antara tahun 1965 hingga tahun 1967. Suharto menjadi Pemangku Presiden Indonesia pada tahun 1967 dan menjadi presiden penuh pada tahun 1968. Kemudian dia melancarkan suatu program yang membawa kepada pembaharuan yang gemilang bagi ekonomi negara tersebut. | UMUM | |
| PELARIAN POLITIK | Seseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
| ALFRED YANG AGUNG | Alfred yang Agung (849–899), raja Saxon Barat di England. Baginda menyelamatkan negaranya, Wessex daripada ditakluk oleh orang Denmark, menjadi asas kepada golongan England di bawah kerajaan beraja Saxon Barat dan mengembalikan semula pembelajaran dan kesusasteraan (lihat Anglo-Saxon ). | UMUM | |
| TAN MALAKA | Tan Malaka (1896?–1949) ialah komunis berbangsa Indonesia. Dia memainkan peranan penting dalam perjuangan negaranya untuk memperolehi kemerdekaan dari Belanda. Tan Malaka lahir di Minangkabau, Sumatera. Nama sebenarnya ialah Sutan Ibrahim. Pada tahun 1912, ibu bapanya telah memberikan gelar Tan Malaka kepadanya. Pada tahun 1913, dia melanjutkan pelajaran ke Belanda dan dia mula tertarik kepada Komunisme. | UMUM | |
| PIERCE, FRANKLIN | Pierce, Franklin (1804–1869) ialah Presiden Amerika Syarikat mulai tahun 1853 hingga tahun 1857. Dia memimpin negaranya menempuh salah satu zaman yang paling makmur dalam sejarah Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, tempoh itu juga merupakan satu pengalaman pahit apabila berlaku pergeseran antara Amerika Selatan dengan Utara yang mengakibatkan tercetusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865). Pierce juga menghadapi tentangan yang semakin hebat daripada penduduk Amerika Utara terhadap sebarang bentuk pengembangan perhambaan. | UMUM | |
| PITSUDSKI, JÓZEF | Pitsudski, Józef (1867–1935) ialah patriot Poland yang memimpin pergerakan pembebasan Poland daripada Rusia dan membantu menyatupadukan negaranya. Pilsudski berkhidmat sebagai ketua negara Poland yang pertama dan juga menteri perang selepas Poland bertukar menjadi sebuah republik pada tahun 1918. Perlembagaan demokrasi yang baru diwujudkan menjadikan jawatan presiden sebagai satu jawatan yang lemah. Oleh itu, Pitsudski enggan dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut. Pada tahun 1922, dia mengundurkan diri daripada politik buat sementara waktu. Pada tahun 1926, dia menggunakan kuasa tentera untuk menggulingkan kerajaan. Profesor Ignacy Mos´cicki dilantik menjadi presiden yang baru. Pitsudski menjadi perdana menteri dan berkhidmat hingga tahun 1928. Pada tahun 1930, dia sekali lagi menjadi perdana menteri. Pitsudski berjaya mengekalkan kuasa sebenarnya dalam kerajaan dan berkuasa sepenuhnya sejak tahun 1926 sehinggalah dia meninggal dunia. | UMUM | |
| AHMAD ‘URABIYY | Ahmad ‘Urabiyy (1257 H.–1329 H./1841 M.– 1911 M.), pemimpin politik Mesir dan pejuang kebangsaan yang memimpin gerakan pembebasan negaranya ketika menentang penjajah Inggeris | UMUM | Umum |