NEGARAWAN | Negarawan ialah seseorang yang berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik, dan memainkan peranan yang amat penting dalam hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap negarawan sebagai seorang yang mengambil berat terhadap keperluan dan kepentingan negara secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka menganggap ahli politik sebagai seseorang yang mempunyai matlamat parti atau politik sahaja. Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting. Jepun membentuk sistem genro , iaitu sebuah badan yang dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana yang berkaitan dengan setiap negara. | UMUM | |
OXENSTIERNA, AXEL GUSTAFSSON | Oxenstierna, Axel Gustafsson (1583–1654) ialah negarawan Sweden, merupakan sahabat dan penasihat Raja Gustavus Adolphus. Kebijaksanaan Oxenstierna sebagai negarawan membantu raja itu mencapai kemenangan besar dalam peperangan. Sebagai canselor, Oxenstierna mengurus hal ehwal politik Sweden sejak tahun 1612 sehingga dia meninggal dunia. Sweden mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap Eropah pada zaman itu. | UMUM | |
SUN YAT -SEN | Negarawan. pemimpin revolusioner dan tokoh penting dalam pembentukan China moden. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TALLEYRAND | Talleyrand (1754–1838) ialah negarawan Perancis yang terkenal dengan pencapaian diplomatiknya semasa zaman pemerintahan Napoleon l dan semasa di Kongres Vienna. Nama penuhnya ialah Charles Maurice de Talleyrand-Périgord, Prince de Bénévent. Dia lahir di Paris. Semasa kecil dia ditimpa satu kemalangan yang menyebabkannya tempang. Dia mendapat pendidikan dalam aliran keagamaan. Dia menjadi paderi pada tahun 1775. Pada tahun 1789, Talleyrand dinamakan sebagai biskop Autun, iaitu jawatan yang tinggi dalam gereja. | UMUM | |
ROOT, ELIHU | Root, Elihu (1845–1937), negarawan Amerika yang paling diingati kerana usahanya untuk mewujudkan keamanan antarabangsa. Dari tahun 1905 hingga tahun 1909, dia berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika di bawah Presiden Theodore Roosevelt. Sebagai setiausaha negara, Root berusaha untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat dengan negara-negara di Amerika Latin dan Jepun. Dia juga merundingkan beberapa perjanjian untuk menamatkan pertelingkahan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara lain. Pada tahun 1912, dia menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan sebagai menghargai sumbangannya terhadap keamanan dunia. | UMUM | |
RHEE, SYNGMAN | Rhee, Syngman (1875–1965), negarawan Korea yang memegang jawatan Presiden Republik Korea yang pertama pada tahun 1948. Dia meletak jawatan sebagai presiden pada tahun 1960, walaupun dipilih semula untuk menyandang jawatan presiden bagi penggal yang keempat. Ini berikutan terjadinya rusuhan yang meluas disebabkan amalan pilihan raya yang tidak adil. | UMUM | |
OSMENA, SERGIO | Osmena, Sergio (1878–1961), negarawan Filipina, menjadi presiden Filipina dari tahun 1944 hingga tahun 1946. Pada tahun 1907, dia mengasaskan Partido Nacionalista (Parti Nasional), yang menjadi parti politik yang paling berpengaruh di negara itu. Dia memimpin parti ini sehingga tahun 1921. | UMUM | |
PITT | Pitt ialah nama keluarga dua negarawan British. Kedua-duanya membentuk hubungan ayah-anak yang paling masyhur dalam sejarah politik British. | UMUM | |
NECKER, JACQUES | Necker, Jacques (1732–1804) ialah negarawan Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XVI. Apabila dia dilantik menjadi menteri kewangan Perancis pada tahun 1777 keadaan kewangan negara tidak seimbang. Keadaan semakin buruk selepas Perancis terlibat dalam Revolusi Amerika. Necker, ahli bank yang terkenal, meminjam wang dengan banyak, dan meneruskan semua kegiatan tanpa menaikkan cukai. Tindakannya ini hanya mampu menangguhkan masalah serius yang sebenar. Dia menimbulkan kemarahan di kalangan istana kerana menyiarkan buat pertama kalinya laporan tentang cara cukai dibelanjakan dan berapa banyak jumlah yang sebenarnya diberikan kepada golongan orang kesukaan istana. Dia meletakkan jawatan pada tahun 1781. | UMUM | |
PUTERA SHOTOKU | Putera Shotoku , (573–621) ialah negarawan Jepun dan sarjana agama. Pada tahun 604, baginda memperkenalkan undang-undang bertulis Jepun yang pertama dikenali iaitu Perlembagaan Artikel Tujuh Belas. | UMUM | |