PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MICRONESIA | Persekutuan Negeri-negeri Micronesia ialah negara yang terletak di Lautan Pasifik Utara. Persekutuan Negeri-negeri Micronesia (Federated States of Micronesia [FSM]) terdiri daripada 607 buah pulau yang terletak betul-betul ke utara garisan Khatulistiwa dalam kumpulan Pulau Caroline. Jumlah keluasan hanya 702 kilometer persegi tetapi pulau itu berserakan dalam kawasan lautan seluas kira-kira 2.5 juta kilometer persegi. Amerika Syarikat mengambil alih kepulauan ini pada tahun 1945. Amerika Syarikat masih lagi bertanggungjawab terhadap pertahanannya walaupun FSM kini adalah sebuah negara merdeka. | UMUM | |
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU | NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU , istilah yang digunakan oleh pihak British di Semenanjung Tanah Melayu bagi merujuk kepada negeri-negeri yang tidak menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang telah dibentuk pada tahun 1896 untuk mengukuhkan kekuasaan British. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
NEGERI-NEGERI SELAT | NEGERI-NEGERI SELAT, gabungan tiga negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang (termasuk Seberang Perai), Melaka dan Singapura. Gabungan ini telah diwujudkan oleh pihak British pada tahun 1826 sebagai lanjutan daripada usaha meluaskan kuasa dan perdagangan mereka di Asia Tenggara. Ketiga-tiga negeri itu telah diambil lebih awal lagi. Pulau Pinang diambil dari Kedah pada tahun 1786, Singapura diduduki pada tahun 1819 dan Melaka dapat dikuasai selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
NEGERI-NEGERI BARBAR | Negeri-negeri Barbar, dahulunya terletak di sepanjang pantai Afrika Utara. Kawasan ini kini merupakan sebahagian daripada Algeria, Libya, Maghribi, dan Tunisia. Istilah Barbar iaitu nama golongan orang yang merupakan sebahagian besar penduduk Afrika Utara, berasal daripada perkataan Latin barbar. Barbar merupakan nama yang diberikan pada zaman Rom kepada golongan orang yang tinggal di pinggir Empayar Rom. | UMUM | |
PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU | PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU, pasukan tentera sukarelawan. Pertumbuhan pasukan tentera sukarelawan bermula di Singapura dengan penubuhan Singapore Volunteer Corps pada tahun 1854. Di Pulau Pinang, Penang Rifle Corps ditubuhkan pada tahun 1861 dan Malacca Company of The Singapore Volunteer Corps ditubuhkan di Melaka pada 25 Oktober 1901, di bawah perintah Kapten R.N. Bland. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pasukan Malay States Volunteer Rifles (MSVR) ditubuhkan pada tahun 1902. Pasukan ini telah dilengkapi dengan dua laras Maxims Gun yang dihadiahkan oleh Dr. Loke Yew C.M.G. Enakmen Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikuatkuasakan pada tahun 1913, sekali gus menggantikan Enakmen 1910. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU | NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU , satu unit pentadbiran yang terdiri daripada empat negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Unit pentadbiran ini ditubuhkan oleh pihak penjajah British pada 1 Julai 1896. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
AKTA TANAH NEGERI-NEGERI SELAT | Akta Tanah Negeri-Negeri Selat. Undang-undang yang diperkenalkan oleh Inggeris untuk menghapuskan pemakaian undang-undang pemilikan tanah mengikut adat Melayu yang berteraskan Islam dan sistem yang ditinggalkan oleh kuasa penjajah yang terdahulu. | UNDANG-UNDANG | Akta |
GABUNGAN NEGERI-NEGERI AMERIKA | | UMUM | |
MONTGOMERY | Montgomery (pend. 187 106; pend. kaw. met. 292 517) ialah ibu negeri Alabama dan pusat pertanian di selatan Amerika Syarikat. Orang selatan menubuhkan Negeri-negeri Gabungan Amerika di sini pada tahun 1861, dan bandar ini ialah ibu negeri Negeri-negeri Gabungan yang pertama. Ia terletak di atas tiga buah bukit di sepanjang tebing Sungai Alabama di tengah selatan Alabama. Industri utama di Montgomery termasuk pembuatan perabot, barangan kaca, jentera, kertas dan tekstil. | UMUM | |
SWETTENHAM, SIR FRANK | Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat) negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya, kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun 1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah Melayu. Dia bersara pada tahun 1904. | UMUM | |