Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néon] | نيون

Definisi : (néon) (Kim) unsur gas nadir, tidak berwarna, tidak berbau, wujud dlm atmosfera, digunakan dlm papan tanda dan lampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[néon] | نيون

Definisi : /néon/ gas nadir yg biasanya di­gunakan dlm beberapa jenis lampu. lampu ~ lampu elektrik berwarna-warni yg menggunakan gas neon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEON

Neon ialah unsur kimia yang membentuk kira-kira

satu bahagian per 65 000 dalam atmosfera bumi.

Ahli kimia British, Sir William Ramsay dan Morris

Travers menemuinya dalam atmosfera ketika

mereka mengkaji udara pada tahun 1898. Ramsay

meramalkan kewujudan gas ini setahun

sebelumnya. Ramsay dan Travers lebih awal

menamakan gas ini neon , sempena perkataan

Yunani yang bermakna baru.

UMUM 
TIUB GEISSLERTiub Geissler ialah tiub dicas gas yang serupa dengan lampu neon. Ia terdiri daripada tiub kaca yang mengandungi gas seperti hidrogen, nitrogen, oksigen, dan udara di bawah tekanan rendah. Gas dinyalakan supaya berwarna terang dengan melalukan arus elektrik menerusi tiub itu. Ahli sains menggunakan tiub Geissler dalam penyelidikan, khususnya untuk memeriksa gas pijar dengan peranti yang dinamakan spektrometer (lihat Spektrometer). Tiub Geissler pertama kali dibina oleh Heinrich Geissler, pembuat alat Jerman, pada akhir tahun 1850-an.UMUM 

Kembali ke atas