NEPAL | Nepal ialah negara yang terletak di selatan tengah Asia . Banjaran gunung yang paling tinggi di dunia – Himalaya – dan wilayah bukit-bukau dan lembahnya meliputi 80 peratus kawasan Nepal. Tarai (atau Terai) – ialah kawasan dataran sungai yang rata dan subur di sepanjang sempadan India – meliputi selebihnya kawasan negara tersebut. | UMUM | |
KATHMANDU | Kathmandu (pend. 235 160) juga dieja Katmandu ialah ibu negara dan bandar terbesar di Nepal. Ia terletak di sebuah lembah di tengah Nepal, iaitu di kaki bukit Banjaran Himalaya. | UMUM | |
ANNAPURNA I | Annapurna I , puncak gunung setinggi 8078 meter dan merupakan gunung yang kesebelas tertinggi di dunia. Puncak ini terletak di pergunungan Himalaya. Annapurna I terletak di bahagian tengah Nepal dan membentuk sebahagian daripada kumpulan gunung Annapurna. Orang Nepal menggelar puncak gunung yang diselubungi salji ini Dewi Penuaian, kerana mereka percaya puncak ini mengawasi ladang tanaman di penara subur di Pokhara yang terletak bersebelahan. Pada tahun 1950, satu ekspedisi 11 orang yang dipimpin oleh Maurice Herzog dari Perancis mendaki Annapura. Sebelum Puncak Everest didaki pada tahun 1953, Annapurna adalah puncak yang paling tinggi pernah didaki. Lihat juga Gunung (jadual gambar rajah). | UMUM | |
RATEL | Ratel ialah haiwan bak badser yang hidup di Arab Saudi, India, Nepal, dan di sebahagian besar Afrika. Ia juga dikenali sebagai badger madu kerana ia sering memakan madu. | UMUM | |
SHERPA | Sherpa ialah satu bangsa yang kebanyakannya tinggal di banjaran gunung Himalaya di timur laut Nepal. Hampir 25 000 orang Sherpa tinggal berhampiran dengan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia. Terdapat juga sebilangan Sherpa yang tinggal di timur laut India. | UMUM | |
DARJEELING | Darjeeling (pend. 57 603) ialah ibu negeri musim panas Benggala Barat dan pusat pentadbiran daerah Darjeeling. Daerah ini terletak di utara Calcutta, iaitu di sebelah timur India, berhampiran sempadan Nepal. | UMUM | |
MENDAKI GUNUNG | Mendaki gunung ialah sukan pendakian sesebuah gunung untuk sampai ke puncaknya. Pendakian gunung sebagai satu sukan bermula di Eropah apabila orang mula mendaki puncak gunung hanya untuk cabaran dan pengembaraan. Kebanyakan gunung-gunung utama, kecuali yang terletak di kawasan yang sangat terpencil di dunia, sudah didaki. Puncak yang paling tinggi di Amerika Utara yang terletak di Gunung McKinley, mula didaki pada tahun 1913. Pada tahun 1953, Sir Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing Norgay dari Nepal menjadi orang pertama sampai ke puncak Gunung Everest di Asia, iaitu gunung yang tertinggi di dunia. Lihat Gunung Everest; Gunung McKinley. | UMUM | |
APENNINES | Apennines adalah nama banjaran gunung yang menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut. Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun. Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914 meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal kerana marmarnya yang berwarna putih bersih. Lihat juga Vesuvius. | UMUM | |
PANDA | Panda ialah nama dua jenis haiwan Asia. Kedua- duanya agak tidak serupa dengan satu sama lain. Panda raksasa ialah haiwan yang besar dan berwarna hitam-putih. Panda Merah yang juga dikenali sebagai panda kecil berwarna perang kemerahan dan lebih kecil. Kedua-duanya hidup dalam hutan buluh di cerun tinggi gunung di barat dan di barat daya China. Panda merah juga tinggal di Nepal, utara India, dan utara Burma. Panda raksasa ialah haiwan nadir dan dilindungi oleh undang- undang di China. Tabung Antarabangsa bagi Alam Semula Jadi (dahulunya Tabung Hidupan Liar Dunia), sebuah pertubuhan antarabangsa bagi perlindungan hidupan liar telah menerima pakai panda raksasa sebagai simbolnya. | UMUM | |
PERSIDANGAN AFRO-ASIA | PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika. Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955. Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman. Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |