ENGKU NGAH | ENGKU NGAH, (1774 – 1828), bangsawan Riau. Engku Ngah dikenal juga dengan nama Raja Idris bin Raja Haji, putera kedua Yang Dipertuan Raja Haji, Riau. Ibunya, Encik Uning, berasal dari Inderagiri. Engku Ngah berkahwin dengan raja Safiah, anak Yang Dipertuan Muda Raja Ali, dan mendapat dua orang anak perempuan. Nama Engku Ngah disebut beberapa kali dalam <I style="mso-bidi-font-style: normal">Tuhfat al-Nafis,I> karya yang dimulakan oleh bapa saudaranya. Raja Ahmad dan dilengkapi oleh sepupunya Raja Ali Haji. Engku Ngah merupakan salah seorang anggota angkatan Riau yang menyerang Melaka pada tahun 1784, tetapi dia meninggalkan Melaka dengan beberapa orang Bugis yang lain selepas Belanda menawan Riau pada tahun 1787. Orang Bugis kemudian kembali ke Melaka, tetapi disebabkan perkelahian yang berterusan dengan orang Melayu, Engku Ngah bersama-sama beberapa orang anak raja yang lain pergi ke Selangor. Pada sekitar tahun 1804, dia membantu Selangor menyerang Perak. Sebagai ganjaran, dia diberikan hak ke atas perlombongan bijih timah di daerah Kelang. Tidak lama kemudian, Engku Ngah kembali ke Riau. Menurut <I style="mso-bidi-font-style: normal">Tuhfat al-NafisI>, Engku Ngah dimurkai oleh orang istana kerana hubungannya dengan ulama Minangkabau dan dituduh mengamalkan tarekat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
A. RASHID NGAH, DATO' | A. RASHID NGAH, Dato’ (1937- ), penulis, aktivis sastera dan ahli politik. Dia lahir pada16 September 1937 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. | SASTERA | Konsep |
KOTA NGAH IBRAHIM | KOTA NGAH IBRAHIM, kawasan kediaman dan pusat pentadbiran Ngah Ibrahim, pemerintah Larut. Kota ini terletak di Matang, Taiping. Kota yang dibina pada tahun 1870-an ini juga dijadikan tempat simpanan bijih timah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NGAH IBRAHIM LONG JAAFAR | NGAH IBRAHIM LONG JAAFAR (? – 1895), pentadbir Larut (1840 – 1875), Ngah Ibrahim mewarisi pentadbiran Larut daripada ayahnya, Long Jaafar. Pada 24 Mei 1858, dia diberi kuasa oleh Sultan Jaafar Muazam Syah untuk mentadbir kawasan yang meliputi Kerian dan Bagan Tiang. Ngah Ibrahim tinggal di Permatang (Matang) dan berkahwin dengan Wan Halimah, anak Laksamana Wan Muhammad Amin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NGAH MUHAMMAD YUSOF | NGAH MUHAMMAD YUSOF, Dato’ Seri Amar Diraja (1878 – 1940), Menteri Besar Terengganu (1924 – 1940) Dia lahir pada 14 Disember 1878 di Kampung Tualang Manir, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Makkah selama tiga tahun. Dia menuntut ilmu agama daripada ramai guru, termasuklah Haji Muhammad Abdullah, Mufti Terenggnu, Syed Abdul Rahman al-Idrus (Tuk Ku Paloh), dan Che Yunus, yang membimbingnya dalam bidang pentadbiran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ARIFIN NGAH | Penulis. Dia lahir pada 28 Mac 1939 di Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama samaran Moriffin SN dan Melati Timur. Ariffin mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum menyambung pendidikannya ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian. | SASTERA | Tokoh |
DATO' SAGOR | DATO’ SAGOR (? -1877), Orang Besar Delapan Perak bergelar Dato’ Seri Agar Diraja. Dia lahir di Kampung Gajah, Perak. Nama sebenarnya ialah Ngah Kamdin. Ketika muda, Dato’ Sagor berpindah ke Larut mengusahakan lombong bijih timah bersama-sama Ngah Ibrahim. . | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERJANJIAN PANGKOR | PERJANJIAN PANGKOR (1874), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, pembesar-pembesar Hilir Perak, ketua puak Hai San dan ketua puak Ghee Hin. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874 di Pulau Pangkor, Perak. Perjanjian Pangkor termeterai ekoran perebutan takhta kerajaan Perak dan kekacauan antara dua puak pelombong Cina, iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
KELIAN BARU | KELIAN BARU, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak. Kawasan ini terletak lebih kurang 3 km di utara Kelian Pauh. Kawasan ini dibuka kesan daripada perkembangan perlombongan yang dimulakan oleh Long Jaafar di Kelian Pauh, dan diteruskan oleh Ngah Ibrahim. Mengikut cerita orang tempatan, Long Jaafar telah menjumpai banyak bijih timah di sini semasa hendak mencari seekor gajahnya yang telah lari dari Kelian Pauh dan menamai kawasan ini Kelian Baru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KELIAN PAUH | KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak. Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini. Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya. Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh. Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang. Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |