Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NH. DININH.DINI (1939 -   ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 Februari 1936) di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Nurhayati Sri Hardini. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) dalam jurusan sastera di Semarang pada tahun 1956. Dia juga pernah mengikuti kursus jurusan Sejarah pada tahun 1957. Setelah mengikuti kursus pramugari Garuda Indonesia Airline (GIA), dia bekerja sebagai pramugari darat di Lapangan Terbang Kemayoran, Jakarta dari tahun 1957 hingga tahun 1960.

 

SASTERATokoh
AMMONIA

Ammonia (formula kimia NH3 ) ialah gas alkali

yang tidak berwarna yang terdiri daripada satu

bahagian nitrogen dan tiga bahagian hidrogen. Ia

lebih ringan daripada udara, dan mempunyai bau

yang sengit. Ammonia boleh disedut jika ia

dicairkan dalam udara, tetapi gas ammonia pekat

boleh menyebabkan kelemasan dan kematian.

Ammonia tidak terbakar dalam udara, tetapi ia

terbakar dalam oksigen dengan nyala yang lemah

berwarna kuning.

UMUM 
PADA SEBUAH KAPAL

PADA SEBUAH KAPAL, novel karya Nh. Dini. Novel ini diterbitkan oleh Pustaka Jaya di Jakarta pada tahun 1973. Pada Sebuah Kapal merupakan karya semi-autobiografi. Banyak peristiwa yang terjadi dalam kehidupan Nh. Dini, seperti perkahwinannya dengan seorang diplomat Perancis dan ketidaksesuaian pasangan suami isteri dipaparkan dalam novel ini. Para pengkritik pula menganggap novel ini sebagai karya yang bermutu.

SASTERAPenerbitan
NITRAT

Nitrat ialah mana-mana jenis sebatian yang

mengandungi ion nitrat tak organik (NO 3 –).

Hidrogen nitrat (HNO 3 ) biasanya lebih dikenali

sebagai asid nitrik . Hampir semua logam

membentuk garam nitrat apabila bergabung

dengan asid nitrik. Dua garam nitrat yang penting

kalium nitrat (KNO 3 ) dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ),

digunakan sebagai baja untuk menambah lagi

nitrogen dalam tanah. Bakteria tertentu dalam tanah

membentuk nitrat daripada sebatian organik yang

mengandungi nitrogen. Tumbuh-tumbuhan

menggunakan nitrat ini untuk membuat protein.

Nitrat juga adalah penting dalam pembuatan bahan

letupan, mercun, ubat jantung dan filem fotografi.

Nitrat dimakan setiap hari, terutamanya daripada

sumber sayur-sayuran. Walau bagaimanapun,

pengambilan banyak nitrat boleh menyebabkan

penghasilan bahan toksik dalam badan. Lihat juga

Asid nitrik; Kitar nitrogen.

UMUM 
AMMONIA KONTANG

Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen

dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan

nitrogennya tinggi – kira-kira 82 peratus– peladang

menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia

boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran

komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan

kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk

membentuk larutan bagi membuat baja campuran.

Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan

penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan

ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia

kering (NH3 ).

UMUM 

Kembali ke atas