NIKEL | Nikel ialah unsur kimia logam berwarna putih yang digunakan dalam aloi. Nombor atomnya ialah 28 dan berat atomnya ialah 58.69. Simbol kimia Ni. Nikel adalah bermagnet, sangat berkilat dan tidak mudah pudar. | UMUM | |
CALONARANG | CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno. Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang. Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya. Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan. Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya. Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang. Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan. Airlangga kembali tenteram. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |