Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nice

Peribahasa

641

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Musang berbulu ayam

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu ayam. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NICE

Nice (pend. 345 674; pend. kaw. met. 475 507) ialah

bandar peranginan di French Riviera dan pelabuhan

Mediterranean . Bandar ini terletak di kaki

Pergunungan Alps berhampiran Itali (lihat Perancis

[peta politik]). Bandar ini mempunyai jalan yang besar,

hotel mewah, dan vila yang dikelilingi oleh taman.

Sungai Paillon membahagikan bandar ini kepada dua

bahagian, Pekan Lama di bahagian timur dan pekan

moden di bahagian barat. Pergunungan Alps

melindungi Nice daripada angin utara yang sejuk dan

menyebabkan bandar ini mengalami musim sejuk

yang sederhana. Kebanyakan penduduk bergantung

kepada perdagangan pelancongan. Kebanyakan

pelancong datang pada musim cuti musim sejuk

antara bulan Januari hingga bulan April, atau dari

bulan Julai hingga bulan September. Mardi Gras, yang

menandakan kemuncak Pesta Riviera, adalah satu

daripada beberapa pesta musim sejuk bandar ini (lihat

Mardi Gras ).

UMUM 
PLEBISIT

Plebisit ialah pungutan suara rakyat terhadap

sebarang persoalan. Istilah itu kini bermaksud

pengundian para penduduk dalam sesebuah

wilayah untuk memilih negara yang akan

memerintah mereka. Plebisit pertama kali

digunakan pada tahun 1790-an, apabila rakyat Nice

dan Savoy mengundi untuk memilih atau

menentang penyatuan dengan kerajaan Perancis.

UMUM 

Kembali ke atas