| SURAH QURAYSH | Surah Quraysh ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-106 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi empat ayat. Surah ini dinamakan Quraysh kerana ia menceritakan mengenai nikmat-nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada orang-orang Quraisy. | UMUM | |
| SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
| MEMORI | Memori ialah kebolehan untuk mengingat sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah dialami. Memori merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak mengingati langsung tentang masa lampau, maka kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami pengalaman yang sama berulang kali untuk “pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan nikmat yang diberikan oleh memori kepada kehidupan – nikmat kenangan yang indah di samping kenangan yang menyedihkan. | UMUM | |
| SURAH AL-KAWTHAR | Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat. Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah tersebut yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kawthar)”. (Surah al-Kawthar 108:1) | UMUM | |
| SURAH AL-FURQAN | Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 77 ayat. Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T. menyebut tentang al-Qur’an melalui ayat-ayat surah ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad s.a.w. Al-Qur’an adalah suatu nikmat yang terbesar kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al- Qur’an selayaknya diberi nama al-Furqan atau pemisah. | UMUM | |
| SURAH SABA' | Surah Saba’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat. Surah ini dinamakan Saba’ kerana Allah S.W.T. ada menyebut dalam al-Qur’an cerita negeri Saba’, iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan kemewahan, kegembiraan dan ketenangan. Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran kepada orang yang mahu mengambil iktibar. | UMUM | |
| SURAH AL-NAML | Surah al-Naml ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-27 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 93 ayat. Ia dinamakan al-Naml (semut) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya cerita seekor semut yang telah memberi peringatan kepada kaum sejenisnya, dan mengingatkan serta meminta maaf kepada Nabi Sulayman a.s. dan para tenteranya. Nabi Sulayman a.s. tersenyum kerana dia memahami kata-kata semut itu dan bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan kelebihan dan nikmat tersebut. | UMUM | |
| PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN | PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN, persatuan yang menggabungkan berbagai-bagai persatuan nelayan tempatan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat nelayan. Persatuan ini lebih dikenal sebagai NEKMAT. NIKMAT ditubuhkan pada 27 Oktober 1985 dan dirasmikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia, di Lumur, Perak. Persatuan ini didaftarkan pada 30 November 1985. | BUDAYA | Persatuan |