Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.laian] | نيلاين

Definisi : harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.laian] | نيلاين

Definisi : 1 harga; taksiran. 2 se­suatu yg dinilai; hasil menilai: Dosa ialah segala ~ keburukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nilai (kata nama)
1. Bersinonim dengan harga: kimah, aji,

2. Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,

3. Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,

Kata Terbitan : bernilai, menilai, nilaian, penilaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIR IMAD AL-HUSNI

Mir Imad al-Husni (961 H. –1024 H./ 1554 M.–1015

M.), salah seorang penulis khat Iran. Dia lahir di

Qazwin – ibu kota bagi kerajaan Safawiyin selepas

bandar Tabriz. Tulisan khat parsinya (naskh at-taqliq)

mempunyai nilaian yang sangat tinggi, bahkan

tulisan khat parsinya dianggap sebagai puncak

kecemerlangan khat parsi yang dipelajarinya di

Tabriz dari Mulla Muhammad Hussein al-Tabrizi.

Dari situlah dia menekuninya, kemudian

mencantikkannya dan menjadikannya lebih

terkehadapan sehingga sampailah ia ke kemuncak

kejayaan dalam kesenian itu, ditambah lagi dengan

kepakarannya dalam khat-khat yang lain.

Keistimewaan cara dan gaya tulisan khatnya terletak

pada keindahan hubungan dalam khat tersebut,

perinciannya, ketangkasan dan atur hurufnya.

UMUM 

Kembali ke atas