NILAM | Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih. Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren. Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan. Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima. | UMUM | |
MINYAK NILAM | Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat yang digunakan untuk membuat minyak wangi. Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami <i> penapaian i> (perubahan kimia yang menguraikan bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina, dan Singapura. | UMUM | |
KERONGSANG | KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disematkan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima. | BUDAYA | Kraf Tangan |