Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.lon] | نيلون

Definisi : bahan tiruan yg kukuh dan kenyal yg boleh dibentuk menjadi bebenang atau gentian dan digunakan utk membuat tali, tekstil, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.lon] | نيلون

Definisi : 1 gentian tiruan yg digunakan utk membuat tali, benang, kain dll. 2 sj kain yg dibuat drpd nilon 1. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nilon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NILON

Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang

keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini

diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh

daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran

sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah

satu penemuan kimia yang paling penting. Ia

merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh

dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan

tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi

kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan.

UMUM 
TAFETA

Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras

yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera.

Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu

taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta

mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia

dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat

pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil

untuk membuat reben.

UMUM 
SINTETIK

Sintetik ialah bahan yang dicipta secara artifisial

apabila dua unsur atau lebih digabungkan secara

kimia untuk membuat sebatian baru. Sintetik

termasuk semua plastik dan serat buatan seperti

akrilik, asetat dan nilon. Kebanyakan bahan sintetik

telah dimajukan semasa keluaran asli berkurangan

atau tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan

perindustrian tertentu.

UMUM 
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM 
SATIN

Satin ditenun dengan benang pakan (benang

melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang

memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin

tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan

fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk

kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan

tenunan satin.

UMUM 
MENENUN

Menenun ialah proses membuat pakaian dengan

menjalinkan dua set benang di atas dan di bawah

antara satu sama lain. Banyak kain dan kebanyakan

selimut, pakaian, serta ambal dihasilkan melalui

tenunan. Tukang tenun menggunakan benang yang

dipintal daripada gentian asli seperti kapas, sutera,

dan bulu. Gentian tiruan yang kuat termasuk nilon

dan orlon juga popular.

UMUM 
SUTUR

Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam

pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di

tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke

atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang

digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai

sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera

halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur.

UMUM 

Kembali ke atas