Niobium juga dikenali sebagai kolumbium , mempunyai simbol kimia Nb. Niobium ialah unsur logam yang lembut, berwarna putih perak atau kelabu. Dalam alam semula jadi, niobium wujud bergabung dengan tantalum , satu lagi jenis logam nadir. Pembuat menggabungkan niobium dengan nikel dan keluli untuk membuat bahan struktur yang kuat yang tahan terhadap suhu tinggi. Niobium juga digunakan dalam teras reaktor nuklear tertentu kerana ia membolehkan neutron tembus dengan mudah dan boleh tahan terhadap bahan pendingin reaktor suhu tinggi. Pada suhu yang benar-benar rendah, niobium menjadi pengalir lampau, dan digunakan untuk membuat magnet pengalir lampau. |