LIMAU NIPIS | | UMUM | |
TAMBURIN | Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri daripada gelung yang diperbuat daripada papan nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan ke bahagian bertentangan. Semua tamburin mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung. Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya pada tangan yang lain, lutut atau paha dan menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary yang memainkan alat ini di dalam kumpulan pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula menggunakan tamburin pada tahun 1700-an. Lihat juga Muzik (alat muzik). | UMUM | |
OSTEOPOROSIS | Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran tentang kewujudannya sehinggalah berlaku kecederaan. | UMUM | |
SELOFAN | Selofan ialah bahan sintetik yang nipis, fleksibel. Ia dibuat daripada selulosa, iaitu bahan dalam dinding sel tumbuhan. Kebanyakan selofan disaluti bahan kimia khas untuk menjadikannya kalis udara dan tahan lembapan. Bahan kimia ini juga menjadikan selofan terkedap haba – iaitu ia membolehkan selofan terkedap sendiri dan terkedap pada bahan- bahan tertentu dengan menggunakan haba dan tekanan. | UMUM | |
MEMBRAN KELIPAN | Membran kelipan ialah membran nipis di bawah kelopak mata yang boleh ditarik untuk menutupi bola mata. Burung dan kebanyakan reptilia mempunyai membran tersebut, tetapi manusia tidak mempunyainya. | UMUM | |
KASA | Kasa ialah kain yang nipis, terbuka yang dibuat daripada kapas, sutera, rayon, atau serat sintetik. Kasa (Gauze) mungkin mendapat namanya daripada bandar purba, Gaza, di Palestin, tempat jenis kain ini pertama kali dibuat. | UMUM | |
SIBUR-SIBUR | Sibur-sibur ialah serangga yang sayapnya nipis dan halus. Dua jenis utama sibur-sibur ialah sibur-sibur hijau dan sibur-sibur perang. Sesetengah sibur-sibur hijau mempunyai mata keemasan, dan sesetengahnya mengeluarkan bau yang kuat. Sibur-sibur perang mempunyai mata dan sayap berwarna perang. | UMUM | |
PERITONITIS | Peritonitis ialah keradangan peritoneum , iaitu membran nipis yang melapisi rongga abdomen. Ia merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Peritoneum boleh menjadi radang jika diserang oleh bakteria atau direngsa oleh bahan asing. | UMUM | |
MIKROTOM | Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk memotong bahan menjadi sangat nipis supaya keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen, pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat juga Mikroskop; Mikrotomi. | UMUM | |
ZUHAL | Zuhal ialah planet kedua terbesar selepas Musytari. Zuhal mempunyai tujuh lingkaran nipis yang rata di sekelilingnya. Lingkaran ini terdiri daripada lingkaran-lingkaran kecil yang mengandungi zarah-zarah ais yang bergerak mengelilingi planet tersebut. Lingkaran yang bersinar-sinar itu menjadikan Zuhal antara objek yang paling menarik dalam sistem suria. | UMUM | |