Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nir.wa.na] | نيروان

Definisi : dlm keadaan yg lenyap langsung dan aman sesudah mati (dlm agama Buddha). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nirwana


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BODHISATWA

BODHISATWA,  konsep penting  dalam ajaran Buddhisme.  Apabila ajaran Buddhisme berpecah kepada dua mazhab yang besar, iaitu Mahayana dan Hinayana (The ravadin), konsep bodhisatwa lebih menonjol dalam ajaran Mahayana.  Konsep bodhisatwa dalam ajaran Hinayana Buddhisme ditujukan kepada Gautama Buddha dlam kehidupannya sebelum dia mencapai tahap ‘pencerahan’ (enlightenment).  Dalam ajaran Mahayana Buddhisme pula, bodhisatwa ditujukan kepada sesiapa yang telah menangguhkan mencapai nirwana untuk kepentingan dirinya, sebaliknya akan berkhidmat kepada masyarakat untuk seimbang mereka ke arah mencapai nirwana, iaitu mencapai kebebasan abadi.  Jelasnya, dalam ajaran Mahayana, bodhisatwa merupakan penaung kepada masyarakat dan pembimbing mereka ke arah mencapai nirwana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
KEMALA

KEMALA, (1941 -       ), penulis dan  penyair.  Dia lahir pada 30 Januari 1941 di Gombak, Kuala Lumpur.  Nama sebenarnya ialah Ahmad Kamal bin Abdullah.  Nama samaran lain yang pernah digunakan ialah A.K., Akmal Jiwa, Dur Kasih, Nir Hiryati dan Nirwana.

SASTERATokoh

Kembali ke atas