Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.san] | نيسن

Definisi : = batu ~ batu tanda pd kubur yg biasanya mempunyai nama, tarikh, dsb orang yg di­kebumikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.san] | نيسن

Definisi : , = batu ~ batu tanda pd kubur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nisan

Puisi
 

Burung kedidi burung kelicap,
     Makan nisan kelopak jantung;
Suruh Nabi bawa mengucap,
     Pada Allah tempat bergantung.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPITAF

Epitaf ialah tulisan pada batu nisan atau inskripsi

lain sebagai ingatan kepada orang yang sudah

mati.

UMUM 
BATU ACEHBatu Aceh, artifak warisan sejarah dan budaya Melayu yang masih kekal yang menampakkan pengaruh Islam yang disebut juga sebagai batu nisan Aceh. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 

Kembali ke atas