Nitrat ialah mana-mana jenis sebatian yang mengandungi ion nitrat tak organik (NO 3 –). Hidrogen nitrat (HNO 3 ) biasanya lebih dikenali sebagai asid nitrik . Hampir semua logam membentuk garam nitrat apabila bergabung dengan asid nitrik. Dua garam nitrat yang penting kalium nitrat (KNO 3 ) dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ), digunakan sebagai baja untuk menambah lagi nitrogen dalam tanah. Bakteria tertentu dalam tanah membentuk nitrat daripada sebatian organik yang mengandungi nitrogen. Tumbuh-tumbuhan menggunakan nitrat ini untuk membuat protein. Nitrat juga adalah penting dalam pembuatan bahan letupan, mercun, ubat jantung dan filem fotografi. Nitrat dimakan setiap hari, terutamanya daripada sumber sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, pengambilan banyak nitrat boleh menyebabkan penghasilan bahan toksik dalam badan. Lihat juga Asid nitrik; Kitar nitrogen. |