NOMAD | Nomad ialah orang yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna orang yang merayau mencari padang ternakan. Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad biasanya berpindah menggunakan haiwan atau kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini, sesetengah orang nomad mengembara menggunakan kenderaan bermotor. | UMUM | |
ORANG SIMERIA | Orang Simeria ialah orang nomad yang tinggal di kawasan yang kini terletak di selatan Ukraine, kira-kira tahun 1200 S.M. hingga tahun 700 S.M. Mereka mendiami satu kawasan di utara Gunung Caucasus berhampiran Laut Hitam. Mereka menunggang kuda dan menggunakan busur dan panah, dan terkenal sebagai pahlawan yang garang. Mereka adalah antara kumpulan nomad pertama yang menakluki Asia Kecil (kini Turki) dari sebelah utara. | UMUM | |
BUSHMEN | Bushmen ialah penduduk asal Afrika yang masih hidup secara nomad. Mereka tinggal di Gurun Kalahari di wilayah Botswana dan Namibia. Puak ini juga dikenali sebagai San dan Basarwa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
KUDA | Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang paling pantas dan yang paling pasti untuk mengembara di darat. Pemburu yang menunggang kuda mengejar haiwan dan membunuhnya untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria Zaman Pertengahan menyerang dengan menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka Eropah menggunakan kuda semasa mereka menjajah Afrika, Amerika dan India. | UMUM | |
RUSA KUTUB | Rusa kutub ialah sejenis rusa besar yang hidup di kawasan paling utara di Eropah dan Asia. Rusa kutub, yang berkaitan rapat dengan karibu, sering digembala dan dijinakkan oleh orang nomad. | UMUM | Umum |