Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon, manakala titik pertemuan semua sisinya ialah verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon; tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon; sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua belas sisi, dodekagon. |