Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj & n waktu tengah hari: at ~, pd waktu tengah hari; the ~ of life, kemuncak hidup. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata noon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZINNEMANN, FRED

Zinnemann, Fred (1907–1997) ialah pengarah

filem Amerika kelahiran Austria. Filemnya dikenali

kerana berjaya mempamerkan watak dengan

begitu berkesan. Dia memenangi Academy Award

bagi filem From Here to Eternity (1953) dan A Man

for All Seasons (1966). Filemnya yang utama

termasuk The Seventh Cross (1944), The Search

(1947), The Men (1950), The Member of the

Wedding (1952), High Noon (1952), Oklahoma!

(1955), The Nun’s Story (1958), The Sundowners

(1960), The Day of the Jackal (1973), dan Julia (1977).

UMUM 
STREETON, SIR ARTHUR

Streeton, Sir Arthur (1867–1943), pelukis

landskap Australia yang paling terkenal dari tahun

1920 hingga tahun 1940. Dia ialah ahli kumpulan

Aliran Heidelberg. Dia mencerminkan prinsip-prinsip

yang disokong oleh Tom Roberts. Ciri

utama landskap dalam lukisan minyaknya adalah

penggunaan warna biru yang menyerlah dengan

keemasan dan coretan berus empat segi yang

menyebabkan terbatasnya penghargaan terhadap

karyanya di London. Lukisannya The Purple Noon’s

Transparent Might dan lukisan-lukisannya yang

lain tentang desa Sungai Hawkesbury

membuatkannya terkenal di Australia. Namun

karyanya yang terawal, Still Glides the Stream, yang

kini berada di Art Gallery New South Wales,

Sydney, dianggap sebagai karyanya yang terbaik.

UMUM 

Kembali ke atas