MOHD. MA'AMON NOR | MOHD. MA’AMON NOR ( ? - ? ), nasionalis Sarawak. Mohd. Ma’mon Nor atau lebih dikenal dengan nama Mohd. Nor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching, Sarawak. Dia adalah anak Melayu pertama di Sarawak yang lulus peperiksaan Junior Cambridge pada tahun 1932. Dia pernah berkhidmat di Jabatan Pos dan Telegraf selama dua setengah tahun sebelum menceburi bidang perniagaan dan menubuhkan sekolah malamnya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUNSYI SULAIMAN MD. NOR | MUNSYI SULAIMAN MD. NOR (1870-1928), tokoh bahasa dan persaratan Melayu. Dia lahir di Siak, Sumatera, Indonesia. Keluarganya telah berhijrah ke Melaka kerana berlaku perselisihan faham di kalangan keluarga Raja Muda Hashim, pembesar Siak. Keluarganya memilih Melaka kerana hubungan politik yang telah wujud antara kedua-duanya pada abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED NOR AHMAD, DATUK | MOHAMED NOR AHMAD, Datuk (1911-1992), guru. Dia lahir pada 2 November 1911 di Pulau Pinang. Mohamed Nor bertugas sebagai guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Gelugor pada tahun 1972. Dia kemudian memasuki Sultan Idris Training College dari tahun 1929 hingga tahun 1932. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUK | MOHD. NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAHI ANNUAR | WAHI ANNUAR (1913-1995), Ketua Satu Ikatan Pembela Tanahair (PETA), pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Haji Awang, manakala nama timangannya semasa kecil ialah Wan Chik. Dia lahir di Kuala Kurau, Perak. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Anglo-Chinese Boy’s School, Parit Buntar. Kemudian dia belajar di King Edward School, Taiping hingga Darjah Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LAT | LAT, Dato’ (1951- ), kartunis. Dia lahir pada 5 Mac 1951 di Kampung Lalang, Kota Baharu, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Khalid. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Baharu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Pasir Puteh, Ipoh dan Sekolah Menengah Anderson, Ipoh hingga tamat Tingkatan Lima pada tahun 1969. | BUDAYA | Tokoh |
BURHANUDDIN AL-HELMI | BURHANUDDIN AL-HELMI (1911 -1969), ahli politik dan ahli perubatan homeopati. Dia lahir pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak. Nama sebenarnya ialah Burhanuddin bin Haji Muhammad Nor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA LOPE RASHID | RAJA LOPE RASHID (1909- ), anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NORZAH | NORZAH (1937 - ), penulis. Dia lahir pada 16 September 1937 di Kampung Terachi, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor bin Abdul Ghani. Dia juga menggunakan nama pena Nurzra. | SASTERA | Tokoh |
TIKAMAN BAHASA | TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. | BAHASA | Penerbitan |