SITI NORMA YAAKOB | SITI NORMA YAAKOB, Dato’ (1940 - ), Hakim Mahkamah Tinggi wanita yang pertama (1983) dan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia wanita yang pertama (1994). Dia lahir pada 6 Julai 1940 di Seremban, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rahang (1945-1946) sebelum berpindah ke Convent of the Holy Jesus hingga Tingkatan Lima (1947-1957). Pada tahun 1958, dia bersekolah di King George V, Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian dia menyambung pengajiannya dan memperoleh Barrister-at Law dari Gray’s Inn, London pada tahun 1962. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RUKUN NEGARA | RUKUN NEGARA, ideologi negara yang dirumuskan sebagai norma hidup warganegara Malaysia berbilang kaum bagi mencapai konsensus baru dan perpaduan nasional ekoran Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DELINKUENSI JUVENIL | Delinkuensi juvenil selalunya dikaitkan dengan perlanggaran undang-undang oleh seseorang juvenil. Perbuatan ini dianggap jenayah jika dilakukan oleh orang dewasa seperti mencuri dan juga perbuatan yang hanya salah di sisi undang-undang bagi kanak-kanak lelaki atau perempuan, seperti membeli minuman keras. Kebanyakan orang menggunakan istilah delinkuensi juvenil bagi semua perbuatan golongan remaja yang bertentangan dengan norma masyarakat, tidak kira sama ada perbuatan itu salah atau tidak di sisi undang-undang. | UMUM | |
LI BO | Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga China yang agung. Namanya dieja dengan beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan gambaran romantiknya tentang alam semula jadi, terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya. Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi tentang etika dan norma kesusilaan. | UMUM | |