Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. in or situated in the north, utara: in ~ London, di utara London; 2. facing the north, sebelah utara: the ~ face of Everest, permukaan sebelah utara gunung Everest; 3. coming from the north, dr utara: a ~ wind, angin dr utara; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adv ke utara: sailing ~, belayar ke utara; up ~, (colloq) a. in the north, di (sebelah) utara: she lives up ~, dia tinggal di sebelah utara; b. to the north, ke (sebelah) utara; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n utara: true ~, utara sebenar; magnetic ~, utara magnet; she is from the ~, dia dr utara; the ~ of England, utara England; (to the) ~ of, terletak di (sebelah) utara: Penang is about 400 km ~ of Kuala Lumpur, Pulau Pinang terletak lebih kurang 400 km di utara Kuala Lumpur. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata north


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NORTH WEST

North West ialah satu daripada sembilan provinsi

di Afrika Selatan. Ia disempadani oleh Botswana di

utara. Provinsi ini ditubuhkan pada 27 April 1994. Ia

termasuk bahagian bekas provinsi Transvaal dan

Cape dan kebanyakan bekas tanah air

Bophuthatswana . Mmabatho ialah ibu provinsi North

West. Bandar utama dan pekannya adalah Mafikeng,

Kelrksdorp, Potchefstroom, dan Rustenburg.

UMUM 
BRITISH NORTH BORNEO COMPANYorganisasiSEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NORTH, LORD

North, Lord (1732–1792), Frederick, Earl of

Guilford , perdana menteri Britain yang pemikiran

ceteknya terhadap tanah jajahan Amerika membantu

mencetuskan Revolusi Amerika.

UMUM 
MMABATHO

Mmabatho ialah ibu provinsi North West di

Afrika Selatan. Mmabatho terletak kira-kira 25

kilometer ke selatan sempadan Bostwana dengan

North West. Mmabatho bererti “Ibu kepada

Penduduk”. Bandar ini ialah pusat kerajaan

Bophuthatswana yang menyertai Afrika Selatan

pada tahun 1994. Kini Mmabatho ialah pusat

petempatan, pentadbiran, dan komersial. Lihat

North West.

UMUM 
PROVINSI UTARA

Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara

di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri

dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique,

dan sempadan provinsi dengan North West,

Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan

pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada

tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi

Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg,

Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng.

UMUM 
SCARBOROUGH

Scarborough (pend. 107 800) ialah daerah

kerajaan tempatan di Yorkshire Utara, England,

meliputi pelabuhan dan bandar peranginan

Scarborough dan Whitby. Daerah ini meliputi juga

sebahagian daripada Taman Negara North York

Moors.

UMUM 
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM 
JESSELTON

Jesselton ialah pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Sejarah bandar Jesselton bermula dengan pembinaan landasan kereta api di North Borneo (kini Sabah) oleh William Clarke Cowie, dari Scotland.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LEMBAGA MALAYA

LEMBAGA MALAYA, akhbar Melayu. Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1934 oleh Onn bin Ja’afar dan Syed Omar Albar. Lembaga Malaya ialah akhbar mingguan dan diterbitkan pada setiap hari Isnin, di North Bridge Road, Singapura. Akhbar ini mempunyai 36 halaman dengan menggunakan tulisan Jawi. Pengarang utamanya ialah Onn bin Ja’afar dan dibantu oleh Syed Ja’afar Albar, sebagai penolong pengarang bahagian agama Islam. Akhbar ini menjadi salah satu bahan bacaan yang penting bagi masyarakat Melayu di selatan Tanah Melayu pada waktu itu.

SASTERAPenerbitan
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA

GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British   untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas