Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata novelnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NORMAN, LILITH

Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak-

kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya

penulisannya yang benar dan berterus terang dalam

novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely

Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak-

kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain

termasuk The Shape of Three (1971), The Flame

Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of

Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979).

Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih

sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor

School Magazine pada tahun 1970.

UMUM 
MITCHISON, NAOMI

Mitchison, Naomi (1897–1999) ialah penulis

British yang popular dengan beberapa novelnya

yang menceritakan kisah purba Yunani dan Mesir.

Novelnya terkenal kerana gaya penulisannya

sungguh berkesan. Novelnya termasuklah When

the Bough Breaks (1924), dan Black Sparta (1928).

Karya popularnya yang lain termasuklah The Corn

King and the Spring Queen (1931), sebuah karya

fantasi sejarah. Karyanya yang terkemudian

termasuklah Don’t Look Back (1969), What Do You

Think Yourself (1982), Not By Bread Alone (1983),

dan Among You Taking Notes (1985). Nama

sebenarnya ialah Naomi Margaret Haldane, dan

lahir di Edinburgh, Scotland. Dia mendapat

pendidikan di Oxford University.

UMUM 
MOORE, GEORGE AUGUSTUS

Moore, George Augustus (1852–1933) ialah

pengarang Ireland. Novel-novelnya menunjukkan

pengaruh realisme Honore de Balzac dan

naturalisme Emile Zola. Novelnya, Confessions of

a Young Man (1888), merupakan pemaparan yang

bijak mengenai eksperimen di Paris. Novel Esther

Waters (1894) menceritakan penderitaan dan

nasib malang seorang gadis pembantu rumah.

Novel Heloise and Abelard (1921) ialah sebuah

karya fiksyen kisah percintaan yang terkenal pada

Zaman Pertengahan dan merupakan karya agung

fiksyen ciptaannya. Ia merupakan salah satu

penyusunan semula yang amat imaginatif

mengenai kehidupan pada Zaman Pertengahan.

Moore lahir di Kaunti Mayo. Dia berusaha

untuk mewujudkan drama asli Ireland dan

membantu membentuk Irish Literary Revival. Dia

menjelaskan usaha-usahanya dalam memoir Hail

and Farewell (1911–1914). Avowals (1919) dan

Conversations in Ebury Street (1924) merupakan

karya autobiolografinya dalam bentuk dialog.

UMUM 
SMOLLETT, TOBIAS GEORGE

Smollett, Tobias George (1721–1771) ialah

salah seorang penulis novel awal Inggeris yang

hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak

teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala

lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama.

Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial

yang getir, dan semangat lucunya yang meluas.

UMUM 
MURDOCH, DAME IRIS

Murdoch, Dame Iris (1919–1999), novelis

British yang terkenal dengan novel-novel falsafah.

Watak dalam semua novelnya menghadapi

kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti

cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat

dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada

pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel

Murdoch merupakan patung bagi membayangkan

idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang

memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan

dan pandangan falsafah yang terkandung dalam

novelnya.

UMUM 
NABOKOV, VLADIMIR

Nabokov, Vladimir (1899–1977) ialah penulis

Rusia. Novel-novelnya terkenal kerana plotnya yang

sukar dan watak kompleks yang dipupuk terhadap

subjek-subjeknya. Para pengkritik memuji novel-

novel Nabokov kerana jenaka pintarnya,

penggunaan perkataan yang rumit dan kaya dengan

gaya bahasa.

UMUM 
MONSARRAT, NICHOLAS

Monsarrat, Nicholas (1910–1979) ialah penulis

British. Dia terkenal dengan novelnya The Cruel

Sea (1951), sebuah cerita pertempuran laut semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga menulis The

Story of Esther Costello (1953), The Tribe That Lost

Its Head (1956), Smith and Jones (1963), Richer Than

All His Tribe (1969), Breaking In, Breaking Out, dan

The Master Mariner Running Proud (1979).

Monsarrat yang lahir di Liverpool, England,

berkelulusan Cambridge University. Dia berpindah

ke Kanada pada tahun 1953.

UMUM 
LEWIS, SINCLAIR

Lewis, Sinclair (1885–1951), terkenal di

seluruh dunia kerana novelnya yang mengecam

kelemahan-kelemahan yang dilihatnya dalam

masyarakat Amerika. Pada tahun 1930, Lewis

menjadi penulis Amerika pertama yang menerima

Hadiah Nobel bagi bidang kesusasteraan.

UMUM 
O'BRIEN, EDNA

O’Brien, Edna (1932– ), novelis Ireland yang

membina reputasinya melalui novelnya yang

pertama, The Country Girls , yang diterbitkan pada

tahun 1961. Karyanya yang lain termasuk The

Lonely Girl (1962), Girls in Their Married Bliss

(1963), dan The Love Object (1968). Dia juga

menulis beberapa buah cerpen, skrip drama

televisyen, dan skrip filem.

O’Brien lahir di Tuamgraney di Kaunti Clare,

Ireland. Dia berpindah ke England pada tahun

1958.

UMUM 
SALINGER, J.D.

Salinger, J.D. (1919– ), pengarang Amerika

yang menjadi terkenal kerana novelnya The

Catcher in the Rye (1951). Wira novel ini yang juga

penceritanya, Holden Caulfield, ialah penuntut

yang tercicir dari sekolah persediaan. Semasa

hanyut di New York City, Holden belajar

menghadapi kepura-puraan yang ditemuinya

dalam kehidupan dunia orang dewasa dan

kelemahannya sendiri. Dalam novel ini dan dalam

banyak fiksyen yang dihasilkannya kemudian,

Salinger secara humor dan meyakinkan

menggambarkan ucapan, gerak-geri dan perasaan

orang muda.

UMUM 
12345

Kembali ke atas