YASHU‘ IBN NUN | | UMUM | |
N | N ialah huruf ke-14 dalam abjad Inggeris. Ia juga huruf ke-14 dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Simbol ini berasal daripada hiroglif Mesir (atau tulisan bergambar) untuk <I>ularI>. Kemudian tradisi Semit Barat menamakan huruf ini sebagai <I>nun, I> perkataan yang digunakan untuk <I>ikanI>. Orang Yunani mengambil alih huruf ini daripada Phoenicia dan menamakannya sebagai <I>nuI>. Lihat Abjad. | UMUM | |
SURAH AL-QALAM | Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah <i>Makkiyyahi>, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan dengan <i>al-Qalam i>kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan <i>al-i> <i>Qalam i>dalam firman-Nya yang bermaksud: <i> “Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang merekai> <i>tulis”.i> (<i>Surah al-Qalam i>68:1) | UMUM | |
ASHCROFT, DAME PEGGY | Ashcroft, Dame Peggy (1907–1991), berlakon dalam drama, filem, dan televisyen. Dia muncul di pentas dalam <i> The Seagull i> , (penerbitan tahun 1936 dan 1964), <i> The Good Woman of Setzuan i> (1956), <i> The Taming of the Shrew i> (1961), dan <i> Henry i> <i> VI i> (1963). Filemnya termasuk <i> The Thirty Nine i> <i> Steps i> (1935), <i> The Nun’s Story i> (1959), dan <i> A i> <i> Passage to India i> (1984). Pada tahun 1984, dia muncul dalam siri televisyen yang popular, “The Jewel in the Crown”. Ashcroft lahir di Croydon, <i> Greater i> London, England. | UMUM | |
ZINNEMANN, FRED | Zinnemann, Fred (1907–1997) ialah pengarah filem Amerika kelahiran Austria. Filemnya dikenali kerana berjaya mempamerkan watak dengan begitu berkesan. Dia memenangi Academy Award bagi filem <I>From Here to Eternity I>(1953) dan <I>A Man I> <I>for All Seasons I>(1966). Filemnya yang utama termasuk <I>The Seventh Cross I>(1944), <I>The Search I> (1947), <I>The Men I>(1950), <I>The Member of the I> <I>Wedding I>(1952), <I>High Noon I>(1952), <I>Oklahoma! I> (1955), <I>The Nun’s Story I>(1958), <I>The Sundowners I> (1960), <I>The Day of the Jackal I>(1973), dan <I>Julia I>(1977). | UMUM | |