Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.ra.ni] | نوراني

Definisi : Ar bercahaya, terang: hati ~ a) hati yg telah mendapat cahaya drpd Tuhan; b) pe­rasaan hati murni yg sedalam-dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nurani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EGO

Ego ialah istilah yang digunakan dalam

psikoanalisis untuk menerangkan salah satu

daripada tiga bahagian minda. Dua bahagian lain

ialah id, atau naluri, dan superego, atau hati

nurani.

UMUM 
MORE, SAINT THOMAS

More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah

penulis, negarawan dan ilmuan England yang

agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor,

jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun

1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan

jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry

VIII untuk menceraikan permaisurinya. More

dihukum pancung pada tahun 1535 kerana

enggan menerima raja sebagai ketua gereja

Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi

teladan kepada individu yang meletakkan hati

nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang

bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik

mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun

1935.

UMUM 
BIERCE, AMBROSE GWINETT

Bierce, Ambrose Gwinett (1842–1914?) ialah

penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal

dengan cerita perang yang realistik di samping

cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai

gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak

dalam ceritanya didorong oleh naluri yang

paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti

haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya

ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce

terhadap kekejaman dan kematian.

UMUM 

Kembali ke atas