BURUNG NURI | Burung nuri adalah satu daripada famili besar burung yang berwarna-warni. Kebanyakan <I>spesies I> (jenis) burung nuri terdapat di kawasan tropika. Burung nuri merupakan haiwan kesayangan yang popular kerana ia mudah dijinakkan dan dapat diajar berkata-kata. | UMUM | |
SAID, NURI AS- | Said, Nuri as- (1888–1958) ialah pegawai tentera dan ahli politik Iraq, berkhidmat sebagai Perdana Menteri Iraq pada 14 peristiwa yang berbeza. Dia dikenali kerana usahanya untuk menyatupadukan orang Arab. | UMUM | |
MACAW | Macaw ialah nama bagi lebih kurang 18 spesies burung nuri yang besar dan berekor panjang yang hidup di kawasan berhutan di Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Mexico. Macaw ialah burung nuri yang paling besar, dan panjangnya 30 hingga 100 sentimeter. Burung ini mempunyai sayap yang panjang runcing, dan paruh yang berat, kuat. Bulunya yang cantik berwarna biru, merah, kuning dan hijau meliputi badannya. | UMUM | |
KEA | Kea ialah burung nuri yang hidup di New Zealand. Ia juga dikenali sebagai <I>the mountain nestorI>. Ia berwarna hijau zaitun malap dengan warna merah di bawah kepaknya. | UMUM | |
KAKAPO | Kakapo ialah burung nuri nadir di New Zealand. | UMUM | |
PUFIN | Pufin juga dikenali sebagai <i> nuri laut i> , ialah burung yang hidup di perairan Artik di Lautan Atlantik dan Pasifik. Ia mempunyai badan yang gemuk, kepala yang besar, dan paruh yang tinggi, leper. Semasa musim membiak, ketumbuhan yang berwarna terbentuk pada paruh pufin jantan. | UMUM | |
KAKAKTUA | Kakaktua ialah nama beberapa burung nuri yang besar. Ia hidup di Australia, Indonesia dan pulau-pulau jiran. | UMUM | |
ROSELLA | Rosella ialah nama yang diberi kepada beberapa jenis burung nuri Australia. | UMUM | |
BURUNG BAYAN | Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili burung nuri. Burung bayan berwarna terang dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru, jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada pendek dan bersegi empat, atau panjang dan meruncing. Burung bayan biasanya merupakan haiwan kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit mainan. | UMUM | |
SOTONG KURITA BERJALUR BIRU | Sotong kurita berjalur biru biasanya terdapat di sepanjang pantai selatan Australia. Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia. Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi (pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan oleh sotong. | UMUM | |