NUTRIEN | kepentingan dan kesan nutrisi dalam kesihatan | PEMAKANAN | Sumber/Bahan Alam |
SUSU | Susu, makanan paling berkhasiat dan minuman kegemaran ramai di seluruh dunia. Susu mengandungi hampir semua nutrien (bahan berkhasiat) yang diperlukan oleh manusia untuk tumbesaran dan kesihatan. Ini kerana susu mengandungi kandungan nutrien yang sangat tinggi dan membolehkannya berfungsi sebagai sebuah pasukan untuk membantu mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh. | UMUM | |
TANAH | Tanah adalah sumber asli yang penting meliputi sebahagian besar permukaan bumi. Secara langsung atau tidak langsung, semua kehidupan di atas bumi bergantung kepada tanah untuk sumber makanan. Tumbuh-tumbuhan berakar dalam tanah dan memperolehi nutrien (zat makanan) daripadanya. Haiwan pula memperolehi nutrien daripada tumbuh-tumbuhan atau daripada haiwan lain yang memakan tumbuh-tumbuhan. S | UMUM | |
KELAPARAN | Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat, lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk mengatur proses tubuh dan untuk membina dan menyenggara tisu tubuh. | UMUM | |
KOMPOS | Kompos ialah sejenis baja yang dibuat daripada sebahagiannya bahan tumbuhan yang reput. Pekebun biasanya mencampurkannya dengan tanah untuk menyediakan nutrien dan untuk menggemburkan struktur tanah. | UMUM | |
SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |
KESUBURAN TANIH | Kesuburan tanih, keupayaan tanih membekalkan nutrien atau zat makanan yang diperlukan oleh tumbuhan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
KITAR BIOGEOKIMIA | Kitar biogeokimia, perkitaran unsur-unsur kimia atau nutrien daripada persekitaran kepada organisma, dan kemudian balik kepada persekitaran. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ARUS TELUKAN | Arus Telukan ialah arus lautan yang utama. Arus yang pantas ini membentuk sistem arus di bahagian besar pinggir barat laut yang mengalir mengikut arah jam di Lautan Atlantik Utara. Arus Telukan mempunyai kesan yang penting terhadap iklim, pengangkutan laut, dan peredaran nutrien dan bahan buangan di dalam lautan. | UMUM | |
STROK | Strok ialah kehilangan fungsi otak dengan tibatiba. Ia adalah kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kelumpuhan, kerosakan otak yang teruk, atau kematian. Kebanyakan strok berlaku apabila darah beku atau sesetengah bahan lain menyekat aliran darah ke otak, lalu mengganggu bekalan oksigen dan nutrien ke otak. Jika sekatan ini berlanjutan lebih daripada beberapa minit, kecacatan otak yang kekal mungkin berlaku. Strok juga mungkin berlaku apabila pembuluh darah pecah dan menyebabkan pendarahan ke dalam otak, atau ke dalam bendalir di sekeliling otak. Pendarahan mendatangkan tekanan yang merosakkan tisu otak, menyebabkan kehilangan fungsinya. | UMUM | |