NYANYI SUNYI | NYANYI SUNYI, kumpulan puisi karya Amir Hamzah. Kumpulan puisi ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1937. Nyanyi Sunyi diterbitkan semula pada tahun 1963 oleh BI-Publication Limited, Kuala Lumpur dan pada tahun 1982 kumpulan ini diterbitkan pula oleh P.T. Dian Rakyat, Jakarta. Nyanyi Sunyi turut diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1991. Kumpulan puisi ini memuatkan 24 buah puisi yang bertemakan ketuhanan. | SASTERA | Karya |
THRUSH | Thrush ialah nama sekumpulan burung nyanyi yang terdapat di seluruh dunia. Banyak thrush adalah burung biasa, berwarna perang dan bahagian bawahnya bertompok-tompok pucat. Kebanyakannya bersaiz kecil atau sederhana antara 10 sentimeter dengan 35 sentimeter panjangnya. Robin, wheateater burung hitam , dan nightingale kesemuanya tergolong dalam kumpulan thrush. | UMUM | |
ARJA | Drama tari dan nyanyi, iaitu jenis oepera negara Timur yang terdapat di Pulau Bali, Indonesia. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BURUNG TIT | Burung tit ialah nama bagi lebih daripada 50 spesies burung nyanyi yang kecil. Kebanyakannya mempunyai pipi yang berwarna pucat atau putih yang berbeza ketara dengan tanda hitam atau gelap di kepalanya yang kelihatan seperti topi. Sesetengah spesiesnya mempunyai jambul. Paruhnya pendek dan kuat. | UMUM | |
BURUNG MATAHARI | Burung matahari ialah nama biasa bagi lebih kurang 115 spesies burung nyanyi yang kecil. Burung matahari hidup di Afrika dan Asia, dan satu spesies terdapat di utara Australia. | UMUM | |
BURUNG CAMAR | Burung cakar ialah istilah umum bagi mana-mana satu burung nyanyi kecil yang memakan bijian. Burung cakar termasuk burung bunting, burung cakar emas, dan burung grosbeak. | UMUM | |
BURUNG CAKAR | Burung cakar ialah istilah umum bagi mana-mana satu burung nyanyi kecil yang memakan bijian. Burung cakar termasuk burung bunting, burung cakar emas, dan burung grosbeak. | UMUM | |
BUNTING BIRU NILA | Bunting biru nila ialah burung nyanyi Amerika Utara. | UMUM | |
ALAT MAIN PIRING HITAM | Alat main piring hitam ialah peranti yang mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan pada piring hitam. Alat main piring hitam juga dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini digunakan secara meluas bagi memainkan muzik rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan alat main piring hitam bermutu tinggi untuk memainkan piring hitam bagi siaran menerusi gelombang udara. | UMUM | |
BULBUL | Bulbul ialah mana-mana anggota dalam famili kira-kira 120 spesies burung nyanyi tropika yang terdapat di Afrika dan selatan Asia. | UMUM | |