Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyo.nya] | ڽوڽا

Definisi : 1. panggilan kpd perempuan Cina yg sudah bersuami; 2. perempuan Cina drpd golongan Baba; 3. id panggilan kpd pe­rempuan yg sudah bersuami; ~ rumah pe­rempuan tuan rumah, perempuan yg em­punya (memiliki) rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyo.nya] | ڽوڽا

Definisi : 1 panggilan yg biasanya utk perempuan Cina yg sudah bersuami. 2 perempuan Cina dr golongan Baba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyonya

Puisi
 

Ayam biring kuning kakinya,
     Anak nyonya membeli kain;
Abang tinggal sumbing hatinya,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL

BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL, bahasa yang digunakan oleh masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya atau Embok-embok untuk berhubung dengan anggota musyarakat lain dalam hubungan perdagangannya sebagai bahasa perantaraan.

BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU PERANAKAN

BAHASA MELAYU PERANAKAN, bahasa Cina Baba yang tinggal di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Perkataan Baba bermaksud Cina Peranakan lelaki dan Cina Peranakan perempuan (Nyonya) atau masyarakat Cina Peranakan keseluruhannya.

BAHASAKonsep
AFFRINI ADHAM

AFFRINI ADHAM (1927-    ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 4 November

1927 di Seberang Nyonya, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin

Ariffin. Selain nama Affrini Adham, dia turut menggunakan beberapa nama lain

seperti Kelana Muda, Mak Inang Moden dan S.P. 280.

SASTERAKonsep
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas