SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III | SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III ( ? -1615), Sultan Johor yang keenam (1597-1615). Baginda adalah putera Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II dengan anak Seri Nara Diraja Pahang. Nama sebenar baginda ialah Raja Mansur. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor, menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1597 dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PUISI BAHARU MELAYU III | PUISI BAHARU MELAYU III, antologi puisi yang memuatkan 554 buah puisi karya 156 orang penyair. Judul sebenar antologi ini ialah Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986. Puisi-puisi tersebut dihasilkan antara tahun 1961 hingga tahun 1986. Antologi yang disusun bersama oleh Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof ini diberi kata pengantar oleh Ahmad Kamal Abdullah. Puisi Baharu Melayu III diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p> | SASTERA | Karya |
BOSWORTH FIELD | Bosworth Field di Leicestershire, England, ialaho ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p> medan peperangan yang menamatkan perjuangan<o:p>o:p> antara penduduk York dan Lancaster bagi takhta<o:p>o:p> England pada tahun 1485. Richard III tidak disukai<o:p>o:p> oleh rakyat dan puak bangsawan. Henry Tudor, Earl<o:p>o:p> dari Richmond yang mengetuai puak Lancaster,<o:p>o:p> membuat keputusan untuk menyerang Richard.<o:p>o:p> | UMUM | |
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III | Kapsyen : Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien IIIo ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p> <o:p> o:p> SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali.<o:p>o:p> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ZAINAL ABIDIN III | SULTAN ZAINAL ABIDIN III (1866-1918), Sultan Terengganu yang ke-11 (1881-1918). Baginda adalah putera Sultan Ahmad Syah. Baginda terkenal sebagai seorang yang alim. Antara guru baginda ialah Tuk Ku Paloh, Wan Muhammad bin Wan Abdullah dan Habib Omar.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MAHMUD SYAH III | SULTAN MAHMUD SYAH III ( ? – 1812), Sultan Johor (1761-1812). Baginda adalah putera Sultan Abdul Jalil Muazam Syah. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor menggantikan kekandanya, Sultan Ahmad Syah, yang mangkat pada tahun 1761. Oleh sebab baginda masih kanak-kanak, pemerintahan diterajui oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Pada tahun 1777, Daeng Kemboja meninggal dunia. Jawatan Yamtuan Muda digantikan oleh Raja Haji.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL JALIL SYAH III | SULTAN ABDUL JALIL SYAH III ( ? – 1677), Sultan Johor yang kelapan (1623 - 1677) yang berketurunan Sultan Melaka. Baginda adalah putera Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor. Baginda juga dikenal sebagai Raja Bujang.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MUZAFFAR SYAH III | SULTAN MUZAFFAR SYAH III ( ? -1752), Sultan Perak yang ke-13 (1728-1732). Nama sebenar baginda ialah Raja Inu. Baginda adalah putera Yang Dipertuan Muda Mansyur Syah dan anak saudara Sultan Mahmud Syah (1654-1720). Sultan Mahmud Syah tidak mempunyai anak dan baginda telah mengambil tiga orang anak saudara lelakinya, iaitu Raja Radin, Raja Inu dan Raja Bisnu, sebagai putera baginda. Raja Inu mendapat gelaran Raja Kecil Besar dan bertindak sebagai pemangku raja. Baginda juga dijadikan Raja Bernam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ANUGERAH RAMON MAGSAYSAY | o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p> o:p> ANUGERAH RAMON MAGSAYSAY, anugerah penghormatan yang diberikan kepada individu dan pertubuhan di Asia setiap tahun, sempena memperingati jasa Ramon Magsaysay, Presiden Filipina, yang meninggal dunia pada 17 Mac 1957. Anugerah ini telah dicadangkan oleh John D. Rockfeller III, melalui sepucuk surat kepada Presiden Filipina ketika itu, Charles P. Garcia pada 30 April 1957. Majlis penganugerahan diadakan di Manila pada 31 Ogos setiap tahun.<o:p>o:p> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
LEKRA | LEKRA, organisasi kebudayaan Indonesia. LEKRA adalah singkatan daripada Lembaga Kebudayaan Rakyat. LEKRA ditubuhkan pada 17 Ogos 1950 di Jakarta. Organisasi kebudayaan ini didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Pemimpin LEKRA terdiri daripada D.N. Aidit (Ketua PKI) Njoto, (wakil Ketua II dalam Politburo PKI), M.S. Ashar, A.S. Dharta, dan Joebaar Ajoeb. Setiausaha Pusat LEKRA ialah A.S. Dharta, M.S. Ashar, dan Herman Arjuno (masing-masing Setiausaha I, II dan III). Henk Ngantung dan Joebaar Ajoeb menjadi ahli pada Sekretariat Pusat. Keseluruhan pimpinan Pusat LEKRA terdiri daripada 41 orang yang merancang dan mengendalikan dasar perjuangan LEKRA menurut arahan PKI.o /><o:p>o:p> | SASTERA | Institusi/Organisasi |