OAK HIDUP | Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15 meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat kapal. Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana. Lihat juga Oak; Pokok. | UMUM | |
MAKMAL KEBANGSAAN OAK RIDGE | Makmal Kebangsaan Oak Ridge, di Oak Ridge, Tennessee, ialah salah sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan tenaga yang terbesar di Amerika Syarikat. Kerja di makmal ini memberi tumpuan utama kepada teknologi tenaga nuklear. Penyelidik di Oak Ridge menjalankan eksperimen dengan pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear. Makmal ini juga merupakan sumber utama radioaktif dan isotop yang stabil di Amerika Syarikat yang digunakan dalam lapangan perubatan, industri, dan penyelidikan. | UMUM | |
OAK | Oak adalah sebarang varieti pokok atau pokok renek besar yang mengeluarkan buah oak. Terdapat lebih daripada 600 spesies pokok oak. Hampir kesemuanya tumbuh secara semula jadi di Hemisfera Utara sahaja. Kebanyakan pokok ini tumbuh terutama di Australia dikenali sebagai “ oak ” tetapi tiada kena-mengena dengan famili oak. | UMUM | |
SHE-OAK | She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. | UMUM | |
OAK RACUN | s> Oak racun ialah sejenis tumbuhan yang berkaitan dengan ivy racun dan sumach racun. Ia tumbuh rimbun atau menjalar. Seperti ivy racun, oak racun mempunyai daun yang terdiri daripada tiga anak daun. Setiap anak daun mempunyai beberapa cuping dan menyerupai daun oak putih. Anak daun ivy racun tidak mempunyai cuping. | UMUM | |
HARI OAK APPLE | | UMUM | |
OAK PIAGAM | Oak Piagam ialah pokok besar di Hartford, Connecticut, di Amerika Syarikat. Ia menjadi terkenal kerana kisah bahawa piagam asal Connecticut disembunyikan di situ untuk mengelakkannya daripada dirampas oleh gabenor Inggeris. | UMUM | |
OAK LEMBUT | Oak lembut ialah pokok yang cantik dan cepat tumbuh di Australia. Pokok ini tumbuh di hutan subtropika kering di New South Wales dan Queensland. Tingginya mencapai 40 meter dan daunnya bak daun pakis yang terbahagi dalam- dalam. Ia mempunyai jambak bunga berwarna jingga kekuningan pada spika bunganya yang panjang. | UMUM | |
AKORN | Akorn ialah kekeras yang dihasilkan oleh pelbagai jenis pokok oak. Di Eropah dan sesetengah kawasan di Amerika Syarikat, akorn digunakan sebagai makanan bagi babi. Banyak burung dan mamalia liar, termasuk puyuh, rusa, dan tupai memakan akorn. | UMUM | |
PERGUNUNGAN DAN HUTAN ARDENNES | Pergunungan dan Hutan Ardennes menganjur dari utara Perancis hingga Belgium dan Luxembourg . Di kawasan ini terdapat hutan oak dan bic terbesar di Eropah. Ketinggian purata Pergunungan Ardennes kira-kira 500 meter. Batu arang, besi, dan batu loh dikeluarkan di bahagian utara kawasan ini. | UMUM | |