Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ot] | اوت

Definisi : bijirin drpd sj rumput, Avena sativa, yg dijadikan sbg bahan makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ot] | اوت

Definisi : /ot / 1 nama sj tumbuh-tumbuhan biji­rin yg ditanam utk makanan di kawasan beriklim sejuk, Avena sativa. 2 buah (bijirin) pokok oat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OAT

Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang

menanam oat terutamanya sebagai makanan

haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan

makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok

oat diproses dan digunakan dalam makanan

seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin

sarapan yang sedia dimakan.

UMUM 
MIL OAT

Mil oat ialah keluaran makanan yang dibuat

daripada oat. Ia biasanya dimakan sebagai bijirin

sarapan yang dimasak yang dinamakan bubur. Mil

oat dibuat dengan membuang sekam luar isirung

oat. Groat atau bahagian dalam isirung, dilecek

untuk menanggalkan kulit luarnya. Kemudian, ia

dikukus sebahagiannya masak, dan digelek untuk

membentuk emping. Mil oat segera dimasak,

didapati apabila groat dipotong menjadi kepingan

yang lebih kecil sebelum digelek menjadi emping.

Mil oat adalah sumber vitamin B dan zat besi

yang baik. Satu cawan (240 gram) bubur mil oat

mengandungi kira-kira 23 gram karbohidrat, lima

gram protein, dua gram lemak. Satu cawan terdiri

daripada kira-kira 85 peratus air dan mempunyai

130 kalori.

UMUM 
TEPUNG

Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat

daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar

tepung dibuat daripada gandum dan digunakan

untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar

menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat,

beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk

membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek.

Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan

di dunia, dan penduduk di banyak negara

memperoleh lebih daripada separuh khasiat

daripada makanan yang dibuat daripada tepung.

UMUM 
SMUT

Smut ialah nama sekumpulan kulat berkaitan yang

hidup sebagai parasit pada tumbuhan tertentu dan

menyebabkan penyakit padanya. Smut mendapat

namanya kerana ia mengeluarkan spora hitam yang

kelihatan seperti zarah jelaga. Smut berbahaya

pada tumbuhan yang ditanam dan tumbuhan liar.

Ia terutamanya berbahaya kepada tanaman

pertanian seperti gandum, oat, barli, jagung, dan

padi. Smut biasanya memusnahkan biji atau ke

seluruhan jambak bunga. Akibatnya, tumbuhan

tidak berguna sama sekali sebagai tanaman atau

tidak boleh mengeluarkan biji.

UMUM 

Kembali ke atas