Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan ke­nyataan atau fakta sebenar; 3. tidak di­kuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra­sangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilih­an dan markah yg diberikan tidak ber­gantung pd penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;mengobjektifkan menjadikan objektif; keobjektifan perihal objektif, objektiviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : /objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
objektif
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan faktual
( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan subjektif

2. Bersinonim dengan tujuan
( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., )
(kata nama:)



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN PERDAGANGAN BEBAS EROPAH (EFTA)

Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah

(EFTA) ditubuhkan pada tahun 1960 bagi

membolehkan anggotanya mendalami objektif

ekonomi yang sama, khususnya melalui perdagangan

bebas dalam keluaran industri. Objektif ini dicapai

dengan memansuhkan tarif perdagangan dan

halangan teknikal terhadap perdagangan.

UMUM 
SENI ABSTRAK

Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang

mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti

dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai

seni bukan objektif atau seni bukan figuratif .

Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang

mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti

dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai

seni bukan objektif atau seni bukan figuratif .

UMUM 
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).  LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah.  PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti.  Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam.  Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil.  Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi.  Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904.  Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.  Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan.  Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SAROYAN, WILLIAM

Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis

Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan

ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia

biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam

dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya,

Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah

anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada

kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk

sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya

Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan

tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan

kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih

bersifat sentimental daripada bersifat objektif

terutama paparannya tentang kanak-kanak dan

kehidupan golongan pekerja.

UMUM 
PARTI MELAYU SEMANGAT 46

Parti Melayu Semangat 46 ialah parti politik

yang diwujudkan di Malaysia selepas terjadinya

perpecahan dalam Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, dan

kemudian pengharaman UMNO oleh Mahkamah

Tinggi, Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Parti ini

diasaskan oleh Tengku Razaleigh Tengku Hamzah

bersama dengan beberapa orang tokoh UMNO

asal seperti Datuk Rais Yatim, Datuk Harun Idris,

Datuk Suhaimi Haji Kamaruddin, Hajah Marina

Yusuf, Datuk Zainal Abidin Zain, Datuk Abdul

Manan Othman, Ibrahim Ali, Datuk Paduka Hajah

Rahmah Othman, Hajah Ilani Datuk Haji Ishak,

Datuk Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu

Bakar, Datuk Shahrir Abdul Samad dan lain-lain.

Objektif penubuhan parti ini bertujuan untuk

mengembalikan semangat UMNO asal yang

ditubuhkan pada tahun 1946.

UMUM 

Kembali ke atas