| OBO | Obo ialah alat tiup woodwind berpipit paling kecil dan paling tinggi picnya. Nama alat ini diambil daripada dua perkataan Perancis: haut yang bermakna tinggi , dan bois yang bermakna kayu . Obo berukuran kira-kira 53 sentimeter panjang. Ia dicipta pada tahun 1600-an, berkemungkinan oleh dua orang ahli muzik Perancis, Jean Hotteterre dan André Philidor. | UMUM | |