Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. sea, laut; (tech) laut, samudera: the ship sank to the bottom of the ~, kapal itu tenggelam hingga ke dasar laut; 2. one of the five oceans of the world, lautan: the Pacific O~, Lautan Pasifik; ~ liner, kapal/ samudera, laut/; 3. very large area, lautan: an ~ of sand, lautan pasir; 4. (colloq) great number, quantity, banyak; (of flowers, food) berlambak-lambak; (of money) bertimbun-timbun, berlambak-lambak: we have ~s of room in the new house, ada banyak bilik dlm rumah baru kami; don’t hurry! We’ve ~s of time, tak usah tergesa-gesa! Kita ada banyak masa; there seemed to be ~s of food on the table, makanan kelihatan berlambak-lambak di atas meja. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ocean


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORISON, SAMUEL ELIOT

Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli

sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua

Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean

Sea, tentang riwayat hidup Columbus,

memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan

bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada

tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah

History of United States Naval Operations in

World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947–

1962), The Intellectual Life of Colonial New

England (1960), One Boy’s Boston (1962), The

Oxford History of the American People (1965), The

European Discovery of America: The Northern

Voyages (1971) dan The European Discovery of

America: The Southern Voyages (1974).

UMUM 
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS)

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ialah

sistem penerbangan Malaysia yang memulakan

operasinya pada tahun 1937. Pada masa itu, ia

dikenali sebagai Malaysia Airways Ltd. (MAL)

yang menggabungkan tiga syarikat, iaitu Ocean

Steamship Company of Liverpool, The Straits

Steamship Company of Singapore dan Imperial

Airways. Syarikat penerbangan antara Singapura

dan Pulau Pinang.

UMUM 
MURRAY, SIR JOHN

Murray, Sir John (1841–1914) ialah ahli alamiah,

pengkaji laut dan peneroka laut dalam Britain. Dia

menjadi pakar mengkaji dasar laut. Dia ialah salah

seorang ahli alamiah yang menyertai ekspedisi

H.M.S. Challenger, yang membuat kajian saintifik di

dalam lautan dan dasar lautan pada tahun 1872

hingga tahun 1876. Kemudian, Murray mengedit 50

jilid laporan saintifik yang ditulis tentang ekspedisi

itu. Dia juga menulis The Depths of the Ocean (1912)

dan The Ocean (1913), dan tulisan itu dianggap

klasik dalam bidang tersebut. Murray lahir di

Kanada. Dia memperoleh ijazah dari University of

Edinburgh. Dia membuat kajian yang penting

tentang tasik-tasik di Scotland.

UMUM 
KIRIBATI

Kiribati ialah negara kecil yang terdiri daripada

33 pulau di tengah Lautan Pasifik. Ia terdiri

daripada tiga gugusan pulau: Kepulauan Gilbert

(16 buah pulau) dan Banaba (dahulunya dikenali

sebagai Pulau Ocean), Kepulauan Phoenix (lapan

buah pulau), dan Kepulauan Line (lapan buah

pulau). Pulau-pulau ini terletak di kedua-dua belah

Khatulistiwa, dan bertaburan dalam satu kawasan

seluas lima juta kilometer persegi di Lautan Pasifik.

UMUM 

Kembali ke atas