MAJOLICA | Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh dengan oksida timah untuk menghasilkan warna putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar belakang yang putih dengan oksida logam yang lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu dibakar. Majolica diberi nama sempena nama pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan tembikar ini berkembang di seluruh Itali. | UMUM | |
OKSIDA | Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida biasanya terbentuk apabila unsur teroksida. Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam batu arang atau kayu mengeluarkan karbon dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO). Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon dioksida juga terbentuk melalui proses pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ). | UMUM | |
NITRUS OKSIDA | Nitrus oksida ialah gas tanpa warna dan bau yang digunakan oleh doktor dan doktor gigi untuk membuatkan pesakit tidak merasai kesakitan. Dadah ini biasanya dikenali anestetik. Nitrus oksida lebih dikenali sebagai gas ketawa , kerana selepas menyedutnya, orang akan terangsang dan menjadi seperti orang bodoh. Nitrus oksida menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri jika jumlah yang secukupnya disedut. | UMUM | |
MENYADUR ANOD | Menyadur anod ialah sejenis elektrolisis yang digunakan untuk menyalut logam dengan lapisan pelindung oksida. Logam bertindak sebagai anod (kutub Positif) sel elektrolit. Ion oksida bercas negatif dialirkan menerusi larutan yang dinamakan elektrolit, dan mengoksidakan permukaan logam. Aluminium boleh disadur anod dalam larutan asid sulfurik. Magnesium sering disadur anod dalam larutan dikromat. | UMUM | |
TANTALUM | Tantalum ialah unsur kimia dengan simbol Ta. Ia adalah logam nadir. Pada suhu normal, lapisan tantalum oksida terbentuk pada permukaan tantalum dan melindunginya daripada kakisan. Industri elektronik menggunakan tantalum dalam pembuatan kapasitor kerana lapisan tantalum oksida adalah penebat yang baik. | UMUM | |
TAKONIT | Takonit ialah batu keras yang mengandungi lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya terdiri daripada mineral yang dinamakan chert . Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi yang penting ini berada bertaburan dalam kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida hitam magnetit atau batu magnet dan oksida merah hematit . | UMUM | |
MAGNESIA | Magnesia, juga dikenali sebagai magnesium oksida (formula kimianya MgO), ialah bahan seperti tanah berwarna putih dan tidak mempunyai rasa. Ia digunakan sebagai antasid dan katartik yang ringan (ubat untuk mencuci usus). | UMUM | |
KOLUMBIT | Kolumbit ialah bijih mineral. Ia merupakan oksida niobium, besi dan mangan, dan mempunyai formula kimia (Fe, Mn) Nb2 O6. | UMUM | |
ALUMINA | Alumina juga dikenali sebagai aluminium oksida , ialah sebatian yang terdiri daripada aluminium dan oksigen, dan rumusnya Al2 O3 | UMUM | |
MALAKIT | Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik. Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah 2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau epal hingga kepada kelabu-hijau gelap. | UMUM | |