Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ok.taf] | اوکتف

Definisi : (Muz) 1. bunyi yg dikeluarkan oleh dua kali atau setengah kadar getaran drpd satu bunyi (not); 2. kumpulan 8 bunyi (not) berturut-turut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oktaf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONETA

Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak

metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa

Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta

Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema

atau pengalaman, sementara sestet (enam baris

terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada

tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu,

empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga,

enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya

cdecde.

UMUM 
TENOR

Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi

lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan

nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat

menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan

penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih

kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat

di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada

paling dekat dengan bahagian tengah not nada

piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya

dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang

lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas.

UMUM 

Kembali ke atas