OKTAGON | Oktagon ialah rajah satah bersisi lapan. Ia merupakan sejenis poligon. Bahagian sisi oktagon bertemu di titik yang dikenali sebagai puncak membentuk lapan sudut dalam. Jumlah sudut dalam sesuatu oktagon sentiasa membentuk 1080 ° C. Sejenis oktagon yang dikenali sebagai oktagon sekata mempunyai sisi dan sudut yang sama. Luas oktagon sekata bersamaan separuh hasil perimeter dan apothem , jarak dari tengah-tengah poligon sekata hingga titik tengah salah satu sisinya. | UMUM | |
PUNCAK MENARA | Puncak menara , istilah seni bina yang digunakan untuk menggambarkan struktur tirus yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia mungkin berbentuk seperti piramid yang memanjang, berbentuk kon atau oktagon. Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau sabak. | UMUM | |
POLIGON | Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon, manakala titik pertemuan semua sisinya ialah verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon; tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon; sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua belas sisi, dodekagon. | UMUM | |