Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lah.ra.ga] | اولهراݢ

Definisi : olahraga latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll); gedung ~ Id bangunan tempat diadakan olah­raga; lapangan ~ medan tempat olahraga di­adakan; berolahraga bergiat (mengambil bahagian) dlm olahraga: ~ menyihatkan badan; keolahragaan perihal olahraga; pengolahraga orang yg suka berolahraga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lah.ra.ga] | اولهراݢ

Definisi : latihan gerak badan (spt be­renang, bermain bola) utk me­nyihatkan badan; sukan. berolah­raga melakukan latihan gerak badan (spt bermain bola); bersukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OLAHRAGA

Olahraga ialah sukan yang menemukan

olahragawan untuk bertanding dalam acara lumba

lari, berjalan, melompat, dan membaling. Acara

balapan terdiri daripada lumba lari atau berjalan

pelbagai jarak. Acara padang ialah pertandingan

dalam acara melompat atau membaling.

Pertandingan balapan dan padang boleh diadakan

di dalam bangunan atau di luar bangunan. Lelaki

dan perempuan bertanding berasingan dalam

sesuatu acara olahraga.

UMUM 
MUMTAZ JAAFAR

Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir

pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya

ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan

utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya

Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

(KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas

untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga

terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter,

4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula

dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS)

dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak

meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara

Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara

Bank, dan Kejohanan MAKSAK.

UMUM 
THORPE, JIM

Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh

terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain

bola sepak kolej dan profesional Amerika dan

masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga

bermain dalam liga-utama besbol Amerika.

Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe

muncul sebagai atlet pertama yang memenangi

kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat

Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]).

Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat

tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur

memutuskan Thorpe seorang ahli sukan

profesional dan tidak layak bertanding dalam

Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain

besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun

1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

mengembalikan pingat emas Thorpe dan

memasukkan namanya dalam senarai juara

Olimpik tahun 1912.

UMUM 
ZAITON OSMANAtlet olahragaSUKANTokoh
SUKAN

Sukan ialah aktiviti olahraga yang teratur yang

dimainkan secara individu atau berpasukan.

Kebanyakan sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan

wanita, dan juga kanak-kanak lelaki dan

perempuan. Ramai orang menyertai sukan sebagai

amatur untuk keseronokan peribadi, gemar kepada

pertandingan, ataupun sebagai suatu bentuk

riadah atau senaman yang menyihatkan badan.

UMUM 
ACARA LARIANSalah satu sukan olahragaSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
OWENS, JESSE

Owens, Jesse (1913–1980) ialah bintang olahraga

Amerika. Prestasinya pada pertengahan tahun

1930-an semasa di kolej dan dalam Sukan Olimpik

menjadikannya atlet yang paling terkenal dalam

sejarah sukan.

UMUM 
OVETT, STEVE

Ovett, Steve (1955– ) ialah salah seorang atlet

olahraga Britain yang terkenal. Dia menjadi

masyhur kerana berjaya memecahkan rekod dalam

persaingan dengan atlet British, Sebastian Coe.

Dalam Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Ovett

memenangi pingat emas dalam acara lari 800

meter dan pingat gangsa dalam acara lari 1500

meter. Pada tahun yang sama, Ovett mencatatkan

rekod dunia dalam larian satu batu di Oslo,

Norway, dan bagi larian 1500 meter di Koblenz,

Jerman Barat. Pada tahun 1983, dia mencatatkan

satu lagi rekod dunia bagi acara 1500 meter.

UMUM 
SUKAN PAN AMERIKA

Sukan Pan Amerika ialah rangkaian

pertandingan olahraga yang berorientasikan Sukan

Olimpik dan dianjurkan oleh Pertubuhan Sukan Pan

Amerika yang terdiri daripada 38 buah negara

Hemisfera Barat. Sukan ini biasanya diadakan setiap

empat tahun sekali. Lihat juga Sukan Olimpik.

UMUM 
ISHTIAQ MUBARAK AHMAD

Ishtiaq Mubarak Ahmad (1948-  ), jaguh sukan olahraga. Beliau mula bergiat dalam sukan olahraga sejak bersekolah di Sekolah Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

SUKANTokoh
12

Kembali ke atas