Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lah.ra.ga.wan] | اولهراݢاون

Definisi : orang lelaki yg terlatih, mahir atau mengambil bahagian dlm olahraga; ~ Tahun 1988 olahragawan yg terpilih sbg olahragawan yg terbaik bagi tahun 1988. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lah.ra.ga.wan] | اولهراݢاون

Definisi : orang lelaki yg aktif berolahraga; ahli sukan (lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
olahragawan (kata nama)
Bersinonim dengan olahragawati, atlet, ahli sukan, pelari.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABUAN PIT

Rabuan Pit (1956– ), atlet dan olahragawan

Malaysia. Dia lahir pada 26 April 1956 di Merlimau,

Melaka. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

Kebangsaan Merlimau dan Sekolah Menengah

Dato’ Abdullah Yaakob, Merlimau, Melaka.

UMUM 
OLAHRAGA

Olahraga ialah sukan yang menemukan

olahragawan untuk bertanding dalam acara lumba

lari, berjalan, melompat, dan membaling. Acara

balapan terdiri daripada lumba lari atau berjalan

pelbagai jarak. Acara padang ialah pertandingan

dalam acara melompat atau membaling.

Pertandingan balapan dan padang boleh diadakan

di dalam bangunan atau di luar bangunan. Lelaki

dan perempuan bertanding berasingan dalam

sesuatu acara olahraga.

UMUM 
M. JEGATHESAN, DATO’ DR.

M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan

olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah

Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2

November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat

pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan

melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala

Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung

pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura.

Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki

Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam

bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia

menyambung pelajaran di England dan

memperoleh diploma Patologi.

UMUM 
RABUAN PITRABUAN PIT (1956-    ), olahragawan.  Dia lahir pada 26 April 1956 di Merlimau, Melaka.  Rabuan meminati bidang sukan sejak di bangku sekolah, khususnya dalam acara lompat kijang dan lompat jauh.  Bagaimanapun, dia memberi tumpuan kepada permainan bola sepak dan badminton serta mewakili pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas