| OLD VIC | Old Vic ialah teater yang terletak berhampiran Waterloo Station di London. Bertahun-tahun lamanya Old Vic menjadi pusat pementasan drama Shakespear. Pada tahun 1963, tempat ini menjadi rumah sementara bagi National Theatre. Teater ini dibuka pada tahun 1818 sebagai Coburg, tetapi namanya ditukar selepas lawatan Ratu Victoria semasa baginda masih seorang puteri. | UMUM | |
| OLD BAILEY | Old Bailey ialah nama biasa bagi Mahkamah Jenayah Pusat di London. Bangunan mahkamah ini terletak di Jalan Old Bailey. Jalan ini dahulunya membentuk sebahagian daripada bailey (laman dalam) antara Ludgate dengan Newgate. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1907. Ia tersergam di atas tapak penjara Newgate. Bumbung kubahnya yang dihiasi patung keadilan memegang sebilah pedang dan dacing merupakan salah satu tarikan yang terkenal di bandar raya London. | UMUM | |
| AULD LANG SYNE | Auld lang syne ialah dialek orang Scotland yang bererti old long since (sejak lama dahulu) atau hari telah berlalu. Perkataan ini menjadi judul sebuah lagu yang digemari oleh semua orang yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris. Robert Burns menyatakan bahawa dia mencatat perkataan ini apabila mendengar seorang lelaki tua menyanyikannya akan tetapi orang menganggap Burns yang mencipta kata-kata tersebut. Lagu ini dinyanyikan dengan melodi Scotland lama. Ia adalah lagu tradisi untuk menyambut ketibaan Tahun Baru, terutama di Scotland. Lihat juga Burns, Robert. | UMUM | |
| DELHI | Delhi ialah wilayah kesatuan India. Ia terdiri daripada tiga kawasan bancian utama, iaitu – Old Delhi, New Delhi, dan Delhi Kantonmen, termasuk 214 buah kampung di sekitar kawasan luar bandar. Wilayah kesatuan Delhi mempunyai keluasan 1483 kilometer persegi. Ia mempunyai penduduk seramai 9 370 475 orang. | UMUM | |
| ARCHER, JOHN LEE | Archer, John Lee (1791–1852), jurutera awam dan arkitek, yang mereka bentuk kebanyakan bangunan- bangunan tertua di Tasmania. Dia mereka bentuk gereja-gereja Old Trinity, Richmond, Bothwell, Hamilton, Battery Point, Stanley dan St. John di New Town. Bangunan-bangunan awam yang paling terkenal hasil reka bentuknya ialah Ordnance Stores , Public Buildings dan Launceston Court House . Rumah Kastam yang direka bentuk olehnya kini merupakan Parlimen Tasmania. Dia juga mereka bentuk sebahagian daripada rumah api di Low Head dan Cape Bruny. Archer lahir di Ireland. | UMUM | |
| SALISBURY | Salisbury (pend. 103 200) ialah daerah kerajaan tempatan di Wiltshire, England. Bandar Salisbury terletak di tengah-tengah daerah ini, di persimpangan Sungai-sungai Avon, Bourne, dan Nadder. Gereja Besar Salisbury yang indah terletak di tebing Sungai Avon yang dibina pada tahun 1220. Puncak menaranya setinggi 123 meter ialah menara tertinggi di England. Tembokan tanah yang mengagumkan di Old Sarum terletak kira-kira tiga kilometer di sebelah utara bandar. Old Sarum ialah pusat ekonomi dan agama yang utama di England sebelum penaklukan Rom. Kini, yang masih tinggal di Old Sarum ialah sebuah benteng besar dengan tebing pertahanan daripada tanah. Tapak Stonehenge yang masyhur juga terletak di daerah ini. Stonehenge merupakan struktur prasejarah yang paling besar di barat Eropah. Lihat juga Wiltshire. | UMUM | |
| ASQUITH, HERBERT HENRY | Asquith, Herbert Henry (1852–1928), negarawan Inggeris yang berkhidmat sebagai perdana menteri United Kingdom dari tahun 1908 hingga tahun 1916. Kerajaannya penting kerana Old Age Pension Act (1908), National Insurance Act (1911) dan Parliament Act (1911) yang mengehadkan kuasa Dewan Pertuanan. | UMUM | |
| AMISH | Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau memegang jawatan awam. Doktrin mereka menghendaki mereka bertani dan menjalani kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet. Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan Mennonite (lihat Mennonite ). | UMUM | |
| POKOK RUMBAI | Pokok rumbai ialah pokok kecil atau pokok renek yang dinamakan demikian kerana kelopak bunganya bak benang atau bak rumbai berwarna putih. Ia juga dikenali sebagai janggut orang tua ( old man’s beard ). Pokok rumbai ini tumbuh sehingga kira-kira 10 meter tingginya. Bunganya yang halus mekar pada awal musim bunga. | UMUM | |
| DEEPING, WARWICK | Deeping, Warwick (1877–1950) ialah penulis novel Inggeris, yang menulis buku yang termasyhur, Sorrell and Son (1925), berdasarkan pengalamannya semasa Perang Dunia I. Dia menulis lebih daripada 40 novel, termasuk Old Pybus (1928), yang juga menjadi popular. | UMUM | |