Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATEISME

Ateisme ialah kepercayaan bahawa Tuhan tidak

wujud. Oleh yang demikian, ateisme bertentangan

dengan ajaran banyak agama besar di dunia,

termasuk agama Islam, Kristian, dan Yahudi.

Agama-agama ini mengajar manusia tentang

kepercayaan kepada tuhan yang mencipta semua

makhluk serta hubungan manusia dengannya.

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK LINEAR

Motor elektrik linear ialah alat yang

digunakan terutamanya untuk menggerakkan

kenderaan laju tinggi yang tidak menggunakan

roda. Kenderaan demikian disokong oleh magnet

atau kusyen udara. Motor elektrik linear juga

digunakan untuk membuka dan menutup gate dan

mengendalikan pelancar roket dan laluan pejalan

kaki bergerak.

UMUM 
RIBUT MAGNET

Ribut magnet ialah keadaan turun naik yang

kuat dalam medan magnet bumi. Ribut demikian

disebabkan oleh zarah-zarah tenaga tinggi dan

sinaran kuat yang dikeluarkan oleh matahari hasil

daripada aktiviti suria. Keseluruhan paras aktiviti

ribut magnet berbeza-beza mengikut kitaran

UMUM 
TELUR

Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur

ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain.

Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak

kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan

akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan

mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya

daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya

sturgeon , digunakan untuk membuat kaviar .

Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak);

Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon.

Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur.

Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung,

meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama

telur untuk mengeluarkan anak.

UMUM 
SENI KERTAS

Seni kertas merujuk kepada penggunaan

kertas hias. Manusia mereka bentuk dan

menggunakan kertas demikian sejak bertahun-

tahun. Kebanyakan kertas hias dibuat daripada

kertas yang dihasilkan oleh mesin. Tetapi

sesetengah kertas hias yang halus dibuat daripada

kertas buatan tangan. Pencetakan kertas hias

melibatkan penggunaan proses seni grafik seperti

bongkah kayu dan turisan bongkah linoleum.

UMUM 
SUNTIKAN AIROperasi menyuntikkan air ke dalam reservoir yang mengeluarkan minyak bagi penyenggaraan tekanan reservoir dan/atau membantu perolehan. Dengan demikian, suntikan air boleh digunakan untuk mengekalkan tekanan reservoir atau memperlambat kadar penurunannya, atau sebagai teknik perolehan sekunder. Operasi suntikan air telah digunakan oleh industri petroleum sejak tahun 1890 tetapi maklumat mengenainya hanya didokumentasikan sejak tahun 1922.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 
SUKAN PARALIMPIKMerupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council )SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SPINOZA, BARUCH

Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah

Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu

nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di

bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan

Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi

sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal

agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan

oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka

pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa

buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan

bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang

kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong

fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan

politik. Dia sangat menghargai kebebasannya,

sehingga dia menolak tawaran wang persaraan

daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga

tawaran jawatan sebagai profesor universiti di

Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang,

Spinoza merupakan seorang yang kontroversial

sebab pandangannya yang amat menyimpang

terhadap hal agama, falsafah, dan politik.

UMUM 
MORMON

Mormon ialah nama yang biasanya diberi

kepada ahli The Church of Jesus Christ of Latter-day

Saints . Mereka dinamakan demikian kerana

kepercayaan mereka pada Book of Mormon.

Mereka mendakwa bahawa gereja seperti yang

ditubuhkan oleh Christ tidak wujud dalam bentuk

asalnya, dan telah dipulihkan pada zaman moden

melalui wahyu daripada tuhan kepada Joseph

Smith (lihat Smith, Joseph). Oleh itu, mereka

percaya, bahawa gereja mereka adalah gereja

Jesus Christ yang sebenar dan lengkap yang

dipulihkan di dunia ini. Mormon lebih tepat

dinamakan Latter-day Saints, menggunakan

perkataan “saint” dalam pengertian dalam Bible

yang bermakna mana-mana ahli kepada gereja

Christ .

UMUM 
1234

Kembali ke atas