Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEROID

Steroid ialah sebarang kelas sebatian kimia yang

penting dalam bidang kimia, biologi, dan

perubatan. Steroid memainkan peranan yang

utama dalam proses tubuh benda hidup. Steroid

dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan

dan haiwan dan juga secara komersial.

Jenis steroid termasuk sterol, seperti kolesterol;

asid hempedu daripada hati; hormon adrenal;

hormon seks; dan racun di dalam kodok tertentu.

(lihat Hati; Kolesterol).

UMUM 
TAKUNGAN AIR

Takungan air ialah suatu tempat air disimpan

dalam jumlah yang banyak untuk tujuan pengairan,

penjanaan kuasa elektrik, pembekalan air dan

rekreasi. Sesebuah takungan air mungkin semula

jadi atau dibina oleh manusia. Tasik semula jadi

mungkin dijadikan tempat takungan air yang

membekalkan air untuk beberapa buah bandar.

UMUM 
ANTIBODI MONOKLONAL

Antibodi monoklonal ialah jenis khusus

molekul protein yang dihasilkan di makmal.

Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi

oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila

bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan

asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini

dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula

jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak

antibodi yang bertindak balas dengan banyak

antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan

hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan

antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen

tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah

menunjukkan harapan dalam penyelidikan

perubatan.

UMUM 
PENENGGELAMAN BUMIPenenggelaman bumi yang disebabkan oleh faktor semula jadi atau tindakan manusia.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
MOORE, HENRY

Moore, Henry (1898–1986), pengarca Inggeris.

Karyanya menyerupai objek kayu atau batu yang

dibentuk oleh kejadian alam semula jadi.

Kebanyakannya direka cipta untuk tahan kekal di

persekitaran luar.

UMUM 
SUTERA

Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat

(bahan seperti benang) yang digunakan untuk

membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan

semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain.

Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut

sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan

daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat

sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah

dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi

sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain

secara ekonomi.

UMUM 
AURORA

Aurora ialah pancaran cahaya semula jadi di

langit yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar

pada waktu malam. Aurora di Hemisfera Utara

dikenali sebagai aurora borealis , atau cahaya

utara . Aurora di Hemisfera Selatan dikenali

sebagai aurora australis . Aurora ialah kesan

paling nyata daripada aktiviti matahari pada

atmosfera bumi.

UMUM 
TAMAN NEGARA

Taman negara ialah kawasan yang disimpan

oleh kerajaan sesebuah negara untuk melindungi

keindahan alam semula jadi, hidupan liar atau ciri-ciri

luar biasa yang lain. Taman negara juga

melindungi kawasan-kawasan yang penting dari

segi budaya, sejarah, atau sains. Sesetengah taman

melindungi keseluruhan persekitaran seperti

terumbu karang, padang pasir, padang rumput,

banjaran gunung, atau hutan hujan.

UMUM 
MENYANYI

Menyanyi ialah penghasilan ton-ton muzik oleh

suara manusia dengan atau tanpa perkataan.

Menyanyi ialah satu bentuk penyataan semula jadi

yang terdapat dalam kebudayaan dan masyarakat

di seluruh dunia.

UMUM 
MAGIS

Magis ialah penggunaan kuasa luar biasa oleh

seseorang untuk cuba mengawal tindakan manusia

ataupun kejadian semula jadi. Magis sering

kelihatan seperti mendatangkan hasil, tetapi hasil

itu mungkin sebenarnya tercapai disebabkan

perkara-perkara lain. Contohnya, seseorang

mungkin mahu menggunakan ilmu magis untuk

membuat musuhnya sakit. Musuhnya yang

mengetahui perbuatan ini menjadi takut dan

benar-benar jatuh sakit.

UMUM 
12345

Kembali ke atas