| TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
| KITAB-KITAB SUCI | Kitab-kitab suci ialah kitab atau perundangan rabbani (ketuhanan) yang diturunkan oleh Allah SWT dan disampaikan kepada para nabi dan rasul-Nya, yang diutuskan kepada semua makhluk- Nya sebagai wahyu. | UMUM | |
| SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
| MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121 M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
| NEGERI NAUNGAN | Negeri naungan ialah negeri lemah yang dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara “penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal- hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan semua perhubungan luar negeri untuk negeri naungan dan mengawasi pertahanan negeri naungan tersebut. Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653– 1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell memerintah England sebagai Raja Penaung. Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja penaung pada tahun 1658. | UMUM | |
| AUSTRALIA, BOLA SEPAK PERATURAN | Australia, Bola Sepak Peraturan ialah permainan musim sejuk yang sangat popular di negeri-negeri selatan Australia. Nama rasmi nya ialah Bola Sepak Australia . Permainan ini, yang dicipta oleh orang Australia, dimainkan terutamanya di Australia dan di Papua New Guinea. | UMUM | |
| MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
| KELAHIRAN PRAMATANG | Kelahiran pramatang berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak sebelum kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya. Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37 hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang daripada 2500 gram ketika lahir. | UMUM | |
| ANTIBODI MONOKLONAL | Antibodi monoklonal ialah jenis khusus molekul protein yang dihasilkan di makmal. Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak antibodi yang bertindak balas dengan banyak antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah menunjukkan harapan dalam penyelidikan perubatan. | UMUM | |
| ARIANISME | Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah, Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius, Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia. Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia daripada Roh Kudus. | UMUM | |