NAWAZ SHARIF | Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia dilantik selepas partinya Islamic Democratic Alliance memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi nasional, menggalakkan perindustrian, dan mengurangkan pergantungan bantuan dari luar negara. | UMUM | |
AW BOON HAW | Aw Boon Haw (1893–1954), ahli perniagaan Cina, yang menjadi terkenal di Singapura sebagai Tiger Balm King , keluaran perubatan yang dipasarkan oleh keluarganya atas jenama “Tiger”. Taman Tiger Balm di Singapura dibina olehnya pada tahun 1937. | UMUM | |
TAYLOR, BROOK | Taylor, Brook (1685–1731), ahli matematik Inggeris yang memperkembangkan rumus yang menjadi asas kalkulus beza terhingga (lihat Kalkulus ). Rumus ini, yang dikenal sebagai Teorem Taylor , muncul dalam Methodus Incrementorum Directa et Inversanya (1715–1717) yang ditulis olehnya. Taylor lahir di Edmonton, kini sebahagian daripada London. Dia belajar di St. John’s College, Cambridge. Dia menjadi setiausaha Royal Society dari tahun 1714 hingga tahun 1718. | UMUM | |
LIABILITI VIKARIUS | Liabiliti vikarius, tanggungjawab seseorang individu ke atas setiap tindakan yang dilakukan atau yang diratifikasi olehnya. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
ARCHER, JOHN LEE | Archer, John Lee (1791–1852), jurutera awam dan arkitek, yang mereka bentuk kebanyakan bangunan- bangunan tertua di Tasmania. Dia mereka bentuk gereja-gereja Old Trinity, Richmond, Bothwell, Hamilton, Battery Point, Stanley dan St. John di New Town. Bangunan-bangunan awam yang paling terkenal hasil reka bentuknya ialah Ordnance Stores , Public Buildings dan Launceston Court House . Rumah Kastam yang direka bentuk olehnya kini merupakan Parlimen Tasmania. Dia juga mereka bentuk sebahagian daripada rumah api di Low Head dan Cape Bruny. Archer lahir di Ireland. | UMUM | |
SURAH AL-SYU'ARA' | Surah al-Syu‘ara’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 127 ayat. Surah ini dinamakan al-Syu‘ara’ (para penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk menolak anggapan musyrikin yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair. Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut melalui surah ini. | UMUM | |
MAHARAJA PERBA JELAI | MAHARAJA PERBA JELAI (? - ?), pemerintah Jelai, dalam kerajaan Melayu Pahang. Nama sebenarnya ialah Datuk Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, atau lebih dikenal dengan panggilan Tuk Raja. Daerah kekuasaannya meliputi Tanjung Lindung di hilir, berhampiran dengan Jerantut hingga ke sempadan Perak dan hulu Kelantan di bahagian hulu. Daerah ini telah dibeli olehnya daripada Sultan Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |