| SULTAN MUZAFFAR SYAH | SULTAN MUZAFFAR SYAH (1505-1549), Sultan Perak yang pertama (1528-1549). Baginda diputerakan di Melaka. Sultan Muzaffar Syah adalah pengasas Kesultanan Perak. Baginda adalah putera sulung Sultan Melaka yang terakhir, Sultan Mahmud Syah, yang berundur ke Bentan berikutan penaklukan Melaka oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Bonda baginda bernama Puteri Onang Kening, puteri Kelantan. Baginda mengahwini Tun Terang, yang ada pertalian saudara dengan keluarga bendahara Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |